Teman sepenjara Ariel bimbang kehilangannya.
JAKARTA: Bekas vokalis kumpulan Peterpan, Ariel, pasti gembira apabila dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman itu kerana kesalahan video seks.
Bagaimanapun, rakannya di Penjara Kebon Waru, dikatakan bersedih dan bimbang dengan ketiadaaan pennyanyi itu di penjara berkenaan kelak.
Perkara itu dinyatakan oleh teman Ariel, Capung, yang juga pemain gitar kumpulan Java Jive.
“Ariel senang hati tetapi rakannya yang lain di penjara itu bimbang kehilangannya. Mereka risau kerana tidak ada orang yang akan menghiburkan mereka di sana,” katanya.
Capung yakin, walaupun sudah dibebaskan kelak, Ariel tidak akan melupakan mereka yang masih di penjara itu.
“Ariel akan keluar. Banduan di penjara itu semuanya sudah tahu. Mereka sudah rasa kehilangannya. “Tapi saya yakin Ariel tidak akan lupakan mereka,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto berkata, kes video lucah Luna Maya dan Cut Tari masih belum selesai walaupun Ariel akan dibebaskan.
“Kes membabitkan Cut dan Luna masih disiasat,” katanya.
Dia menolak gesaan supaya siasatan terhadap kes itu dihentikan. - Agensi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment