Powered by Jasper Roberts - Blog

Polis cedera ketika cuba surai pesta di parkir flat

on Sunday, July 22, 2012



Polis cedera ketika cuba surai pesta di parkir flat



PETALING JAYA — Seorang anggota polis cedera ketika cuba menyuraikan satu “pesta” di kawasan parkir flat di Taman Medan di sini awal pagi tadi, selepas diserang ”tetamu” pesta.
Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, anggota terbabit dan rakan setugasnya datang meminta sekumpulan kira-kira 30 orang yang sedang berpesta dengan muzik yang kuat dari sistem audio kereta, agar bersurai kerana mereka mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP, Arjunaidi Mohamed berkata itu adalah kali ketiga dua anggota terbabit memberi amaran kepada kumpulan berkenaan yang tidak mengendahkan amaran terdahulu.
"Pada mulanya polis mendapat dua aduan penduduk sekitar mengenai bunyi bising tersebut. Polis yang meronda datang memberi amaran dan kumpulan terbabit akur.
"Namun penduduk membuat aduan kali ketiga tentang bunyi bising dan semasa dua anggota terbabit datang sekali lagi kumpulan berkenaan bertindak mengepung mereka,” katanya pada sidang media, di sini.
Dua anggota berkenaan menghubungi balai terdekat yang kemudian menghantar empat kereta peronda ke lokasi, namun kumpulan terbabit bertindak agresif dan bergelut dengan anggota pasukan keselamatan.
"Dalam pergelutan itu, seorang anggota polis mengadu sakit di bahagian dada dan seorang lagi cedera di kaki dan kepala dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan,” katanya.
Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun manakala yang lain sempat melarikan diri, katanya menambah siasatan awal mendapati kesemua mereka penduduk di kawasan itu.
Arjunaidi berkata polis sedang menjejaki semua yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh. — BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved