Powered by Jasper Roberts - Blog

Habuan bakal menanti skuad Tok Gajah.

on Saturday, July 21, 2012

Habuan bakal menanti skuad Tok Gajah
Habuan bakal menanti skuad Tok Gajah.

Itu persoalan yang berlegar di kalangan peminat setia setelah melihat kerja keras anak didik Dollah Salleh menumbangkan Kedah 3-2, menerusi sepakan penalti dalam perlawanan final play-off Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Usaha mereka membuahkan hasil menerusi ketangkasan penjaga gol, Wan Azraei Wan Teh menafikan empat sepakan penalti selain kerjasama sepasukan yang diterapkan Dollah Salleh.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP),Datuk Che Nasir Salleh berkata, kejayaan melayakkan diri dalam saingan Liga Super 2013 adalah kenangan manis dan membuktikan semangat juang barisan pemain yang tidak pernah mengenal erti jemu.

"Soal pemberian imbuhan kepada pemain sememangnya ada dalam perancangan, namun ia masih dalam perbincangan.

"Semua ini baru dibincangkan, dan berapa jumlahnya belum diputuskan. Apa pun terpulang kepada Presiden memutuskannya," katanya.

Mengulas mengenai persembahan malam kelmarin, Ketua Jurulatih Pahang, Dollah mengakui pasukan berdepan tekanan terutama ketika perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas R Gopinath dan Fauzi Rozlan dilayangkan kad merah.

"Ianya sesuatu tidak dijangka. Pemain beraksi dengan baik pada separuh masa pertama, namun mula gugup apabila gawang dibolosi pada babak kedua sebelum berjaya ketika sepakan penalti," katanya.

Pahang melengkapkan kuota 12 pasukan yang bakal beraksi di Liga Super musim depan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved