Powered by Jasper Roberts - Blog

Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atas.

on Sunday, July 22, 2012

Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atas.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran supaya mencari jalan untuk menawarkan bidang pengajian yang relevan serta dipilih sendiri oleh pelajar terutamanya kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan (gambar) berkata, ia perlu dilakukan bagi mengelakkan pelajar menjadi tidak bermotivasi jika bidang pengajian yang ditawarkan tidak sesuai dengan mereka.

Selain itu, katanya, pemilihan bidang pengajian juga perlulah relevan dengan kehendak pasaran masa kini bagi membolehkan pelajar mendapat permintaan yang tinggi dalam sektor pekerjaan selepas tamat pengajian.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved