Powered by Jasper Roberts - Blog

Soo Wincci rakam album Melayu.

on Saturday, July 21, 2012

Soo Wincci rakam album Melayu
Soo Wincci rakam album Melayu.

TIDAK pernah menyangka, penyertaannya dalam program masakan, MasterChef Selebriti Malaysia yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Isnin lalu berjaya mencongak perjalanan kariernya ke tahap ini.

Selepas diiktiraf berbakat dalam memasak dengan berjaya tergolong dalam lima kelompok terbaik, penyandang gelaran Miss Malaysia/ World 2008/2009, Soo Wincci melangkah setapak lagi dengan mengetengahkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Menyedari program masakan itu dapat memperkenalkannya kepada peminat Melayu, selebriti yang mesra disapa Wincci ini memanfaatkan peluang tersebut dengan melahirkan album sulung berbahasa Melayu khusus buat peminat-peminatnya.

“Sebenarnya, saya memang minat menyanyikan lagu berbahasa Melayu dan perancangan untuk menghasilkan album ini juga telah dirancang sejak setahun yang lalu.

“Tetapi atas sebab jadual dan komitmen lain, album ini terpaksa ditunda sehinggalah selepas saya selesai dengan program MasterChef. Saya gembira program tersebut berjaya membawa nama saya ke peringkat sekarang dan diterima di kalangan peminat Melayu,” katanya semasa majlis pra dengar albumnya yang berjudul Terus-Teranglah di Bangsar, baru-baru ini.

Menurut pemilik wajah bujur sirih ini, dia memang meminati bidang nyanyian dan pernah menghasilkan tiga album berbahasa Mandarin.

Malah, katanya juga, dia sering menyanyikan lagu bahasa Melayu dalam setiap undangan nyanyian yang diterima termasuklah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor.

“Sejak sekolah lagi saya sudah terdedah dengan lagu-lagu Melayu jadi minat menyanyikan lagu tersebut memang ada dalam diri saya.

“Malah, selepas menyertai Miss Malaysia juga saya memang berhasrat ingin menghasilkan album Melayu. Kini, saya gembira dengan bantuan Ajai dan Wake The Baby serta pihak pengurusan saya, Beyond Events Sdn Bhd, impian saya untuk menghasilkan album Melayu sudah terlaksana,” kata wanita berusia 27 tahun ini.

Mengambil judul album Terus-Teranglah sempena tajuk single pertamanya, Wincci melahirkan rasa gembira dapat berkolaborasi dengan penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow.

Belajar lenggok nyanyian

MENGAKUI sedikit sukar untuk mempelajari lenggok menyanyi dalam bahasa Melayu, wanita berusia 27 tahun ini berterima kasih kepada komposer, Ajai kerana banyak mengajarnya mengenai teknik dan corak nyanyian lagu Melayu.

“Lagu bahasa Melayu mempunyai sebutan bahasa yang indah, jadi saya tidak mahu merosakkan bahasa tersebut.

“Ajai banyak membantu mengajar lenggok dan teknik yang betul dalam sebutan dan nyanyian lagu bahasa Melayu. Namun, saya membawakan lagu-lagu ini dengan sentuhan saya sendiri,” ujarnya sambil memberitahu bakal melancarkan album itu sepenuhnya pada September ini.

Selain Terus-Teranglah, album ini turut memuatkan tiga lagi lagu berjudul Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor 1.

Pemilik ijazah dalam jurusan Perundangan ini juga turut berjinak-jinak menunjukkan bakat mencipta lagu Musim Asmara dengan bergandingan bersama Ajai.

Dalam perkembangan lain, Soo Wincci bakal muncul dengan telefilem sempena Aidilfi tri ini berjudul Lemang Sebatang bersama barisan peserta MasterChef Selebriti Malaysia
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved