Powered by Jasper Roberts - Blog

Kelantan pinjam tiga pemain untuk kempen Piala Malaysia

on Monday, July 23, 2012


Kelantan pinjam tiga pemain untuk kempen Piala Malaysia

KOTA BHARU - Juara Piala FA dan Liga Super 2012, Kelantan akan meminjam dua pemain Kuala Lumpur dan seorang dari Sabah dalam memperkukuhkan pasukan itu bagi menghadapi Piala Malaysia bulan depan dan Piala Konfederasi Asia (AFC), September ini.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pemain Kuala Lumpur itu ialah Aslam Najumudeen dan Afiq Azmi dan Mafry Balang dari Sabah, katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran bufet Ramadan di Perdana Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata: "Ketiga-tiga mereka ini juga turut tersenarai sebagai antara pemain utama untuk beraksi dalam Piala Malaysia musim ini."

"Selain itu, kita juga akan menyenaraikan Keita Mandjou dan Mijo Dadic yang baru menandatangai kontrak beberapa minggu yang lalu sebagai persediaan untuk kedua-dua piala tersebut," katanya.

Annuar berkata Kelantan juga akan mengekalkan Obinna Nwaneri walaupun beliau digantung satu perlawanan untuk AFC, serta Mohamad Ghaddar juga akan berada dalam kesebelasan utama.

Annuar berkata walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenar untuk menukar keseluruhan pemain untuk saingan piala tersebut, namun pasukan Kelantan tidak bercadang untuk melakukannya.

Tambahnya, walaupun Kelantan sedikit tertekan pada saingan musim hadapan berikutan terpaksa beraksi di dua saingan yang berbeza, namun yakin mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan pada tahun ini. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved