Powered by Jasper Roberts - Blog

Saudi minta ekspatriat hormati Ramadan.

on Saturday, July 21, 2012



Saudi minta ekspatriat hormati Ramadan.


RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi memberi amaran keras kepada ekspatriat bukan Islam supaya tidak makan, minum, atau menghisap rokok di khalayak ramai sehingga waktu berbuka puasa sebagai menghormati bulan Ramadan.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya berkata, amaran itu sebagai menghormati hak masyarakat Islam dalam memelihara kesucian agama itu.

“Kerajaan Saudi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk membatalkan kontrak kerja dan mengusir mereka dari negara ini,” katanya.

Mengikut perangkaan kerajaan Arab Saudi, terdapat 27 juta penduduk Arab Saudi dengan lapan juta ekspatriat dari Asia, Timur Tengah dan negara Barat yang tinggal di negara itu.

Amaran ini telah dikeluarkan setiap kali kehadiran Ramadan sebagai peringatan bertulis kepada semua ekspatriat supaya mereka akur dengan undang-undang dan dasar kerajaan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved