Powered by Jasper Roberts - Blog

AirAsia X jalin pakatan dengan Tune Box

on Tuesday, July 24, 2012


AirAsia X jalin pakatan dengan Tune Box


KUALA LUMPUR - AirAsia X menjalin pakatan dengan Tune Box, cabang media digital Tune Group, untuk menawarkan sistem hiburan dalam penerbangan (IFE), Samsung Galaxy Tab 10.1, bagi semua destinasi perjalanan jauh.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia Bhd berkata penumpang yang menggunakan penerbangan AirAsia X ke atau dari Australia, China, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan boleh mmbuat tempahan awal Samsung Galaxy Tab 10.1  melalui laman webnya pada hanya RM35 sehala. 

"Tablet berkenaan yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 jam, juga boleh didapati untuk disewa dalam semua penerbangan pada RM45 sehala," katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata syarikat penerbangan itu sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan lagi perkhidmatannya serta menambah pengalaman penumpang dalam penerbangan semasa di kabin.

"Samsung Galaxy Tab 10.1 akan menjadi perubahan yang hebat kepada e-player mudah alih kami sebelum ini memandangkan ia menawarkan skrin definisi tinggi terbaik, sistem bunyi dan pemproses berkuasa yang semuanya dalam tablet yang ringan dan hebat," katanya. 

Pengarah Eksekutif Tune Box Sami El Hadery berkata syarikat berbangga dapat bekerjasama dengan AirAsia X untuk memberikan sistem hiburan yang canggih tetapi berpatutan. - Bernama

pakej air asia, ramadhan pakej air asia, tambang murah air asia ramadhan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved