Powered by Jasper Roberts - Blog

5 Anggota polis terbunuh dalam serangan bom

on Thursday, July 26, 2012


5 Anggota polis terbunuh dalam serangan bom
BANGKOK – Lima anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Kampung Upak, Thatong, Raman, Yala, hari ini.
Ketua Polis Yala, Mej Jen Pirat Boonliang berkata, kumpulan itu sedang melakukan rondaan di sebuah jambatan di kampung itu apabila sebutir bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap dan dipakir di jambatan itu, meletup pada 3.15 petang.
"Kumpulan pemberontak Runda Kumpulan Kecil (RKK) diketuai oleh Kaman Chaichana meledakkan bom itu dari hutan berhampiran,” katanya.
Mereka turut merampas senjata api anggota polis terbabit.
Kumpulan pemberontak menebang pokok dan menggunakannya sebagai halangan di sepanjang jalan menuju ke kampung itu selepas serangan sebagai satu usaha untuk melengahkan bantuan pasukan polis tiba di kawasan itu.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved