Powered by Jasper Roberts - Blog

Carroll hanya untuk dijual.

on Sunday, July 22, 2012


Carroll hanya untuk dijual.

LONDON: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan Andy Carroll tidak akan dibenarkan meninggalkan Anfield sebagai pemain pinjaman tetapi tidak menolak untuk menjual penyerang England itu ke kelab yang sesuai.

Rodgers dipercayai menolak tawaran daripada bekas kelab Carroll, Newcastle untuk mendapatkan kembali pemain berusia 23 tahun itu menerusi pinjaman selama semusim awal bulan ini.

Bagaimanapun, masa depan Carroll di Anfield terus kabur apabila Rodgers menjelaskan dia hanya menerima jika ada tawaran untuk mendapatkan pemain itu.

“Ada pihak yang mahu pemain itu dipinjamkan tetapi sudah tentu saya tidak akan berbuat demikian apatah lagi dengan pelaburan yang dibuat kelab ini,” kata Rodgers.

“Situasinya sama bagi mana-mana pemain. Jika ada tawaran datang untuk mana-mana pemain di kelab ini, kami akan menilainya atau menolaknya dan Andy juga tidak terkecuali.” Carroll melalui musim penuh mengecewakan di Liverpool selepas dibeli dengan harga rekod kelab itu, £35 million (RM172.1juta) dari Newcastle pada Januari 2011 tetapi hanya menjaringkan 11 gol dalam 56 penampilan.

Penyerang itu tidak sesuai dalam perancangan Rodgers yang mementingkan gaya hantaran sempurna tetapi pengurus Liverpool itu bakal memberi peluang kepada Carroll jika dia ditakdirkan terus berada di Anfield. - AFP
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved