Powered by Jasper Roberts - Blog

Rumah Suspek Penuh Dengan Bom

on Sunday, July 22, 2012

images1 Rumah Suspek Penuh Dengan Bom
Rumah Suspek Penuh Dengan Bom

Colorado – Polis terpaksa menggunakan robot untuk mematikan bom canggih yang dijadikan sebagai perangkap di dalam pangsapuri milik seorang lelaki yang dituduh membunuh 12 orang ketika tayangan filem baru Batman, “The Dark Knight Rises’

Bahan letupan itu ditemui selepas James Eagan Holmes, 24, ditangkap di luar pawagam sebaik sahaja serangan dilakukannya.

Menurut Timbalan Ketua Bomba Aurora, Chris Henderson, ruang tamu rumah Holmes dipenuhi dengan wayar yang disambung ke dalam botol plastik mengandungi cecair yang tidak diketahui.

Suspek juga dipercayai memasang alat pengawal masa di dalam pangsapurinya dengan lagu yang sama dimainkan berulang kali dalam bunyi yang kuat, dalam usaha dia cuba memerangkap polis agar masuk ke kediamannya.

“Jika suspek ditembak mati, tanpa ragu-ragu lagi perangkap yang dipasang di rumahnya itu bakal menyebabkan angka korban yang tinggi,’’ katanya.

Dalam pada itu, polis memaklumkan terpaksa menggunakan robot untuk mematikan bahan letupan tersebut, kerana ia amat berbahaya bagi pihak berkuasa untuk masuk ke rumah tersebut.

Sementara itu, Holmes akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini, namun setakat ini punca dia bertindak demikian tidak didedahkan.

Holmes, dibesarkan di kawasan kelas pertengahan dan mendapat ijazah neurosains daripada Universiti California sebelum menyambung pelajaran di Universiti Colorado.

Dia digambarkan sebagai pelajar yang bijak namun ketika kejadian serangan itu, Holmes dalam proses berhenti daripada belajar.

Kejadian pembunuhan beramai-ramai itu mengejutkan Aurora, sekali gus membangkitkan semula kes pembunuhan beramai-ramai pelajar sekolah tinggi Clombia pada 1999 lalu.

Sekolah berkenaan hanya terletak kira-kira 17 batu daripada Aurora dan ketika kejadian, dua pelajar telah melepaskan tembakan rambang, membunuh 12 pelajar dan guru di sekolah berkenaan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved