Powered by Jasper Roberts - Blog

Aliff Aziz Berehat Sebulan Atas Nasihat Doktor Kerana Jantung

on Tuesday, October 2, 2012


Aliff Aziz
PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas mengalami serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada Ahad.
Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Sony Music yang menaungi Aliff, pada Isnin, penyanyi berusia 21 tahun itu akan dibawa pulang ke Singapura bersama keluarganya dan bakal menjalani rawatan susulan di tempat kelahirannya itu.
Segala aktiviti seninya juga terpaksa dibatalkan dengan serta-merta atas sebab kesihatan tersebut.
Kenyataan tersebut turut menjelaskan, apa yang berlaku terhadap Alif itu tiada kaitan dengan isu keretakan hubungannya dengan pelakon Anne Ngasri, baru-baru ini.
“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.
Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pagi Ahad sebelum dia sempat membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan Star Publications di sini
Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

Persembahan 4 Gitaris Serlahkan 'Konsert G 4 Petikan Legasi'



KUALA LUMPUR: Aksi sulung gabungan empat gitaris tersohor negara dalam “Konsert G4: Petikan Legasi” di KL Live di sini pada malam Ahad begitu gah dengan kehebatan mereka yang cukup menyerlah.
Konsert yang menampilkan Man Kidal, Hillary Ang, Joe (Wings) dan Kid (Search) itu nyata berjaya memukau hampir 2,000 penonton yang memenuhi ruang persembahan itu.
Tampil ringkas dengan 15 buah lagu, Ilusi Intonasi dipilih sebagai lagu pembukaan kira-kira pukul 9 malam dengan menggabungkan petikan gitar keempat-empat pemuzik terkenal itu.
Nyata kesemua mereka cukup hebat dengan petikan gitar sehingga membuatkan semua peminat yang sudah menunggu seawal pukul 7 petang benar-benar memberi sokongan terbaik.
Sukar untuk membandingkan kehebatan mereka yang nyata mempunyai kelebihan masing-masing apabila meneruskan persembahan dengan lagu-lagu seperti 1 MalaysiaMencari dan POV.
Kid (Search)
Tiga aspek terbaik tentang persembahan empat legasi pemuzik terkenal itu adalah petikan gitar dan pukulan dram yang selaras dan bertenaga, sekali gus memberikan impak ekstra pada konsert tersebut.
Persembahan pada malam itu turut menyaksikan Hillary memperkenalkan penyanyi baru iaitu Evelyn Feroza yang menyumbangkan vokal mengiringi petikan hebatnya menerusi lagu Shine On dan White Noise.
Momentum persembahan pada malam itu turut diserikan dengan persembahan lagu Gerhana daripada kumpulan Kembara dan turut dinyanyikan oleh penonton yang hadir.
Tambah manis apabila Joe (Wings) mengejutkan para peminatnya dengan menyanyikan dua buah lagu berjudul Orang Timur danBlues G4.
Nyata persembahan vokal gitaris terkenal itu hebat seiring dengan petikan gitarnya yang cukup membuatkan peminat tidak senang duduk.
Hillary Ang
Tidak ketinggalan Man Kidal turut menjemput anaknya sendiri, Elly untuk mengiringinya dalam mempersembahkan karya seperti HatiEmas, Arah Yang Hilang dan Sentuhan Kidal.
Antara lagu lain yang dipersembahkan pada malam itu adalah Sato, Back In Black, Strombringer dan Samar Yang Terang.
Barangkali kecacatan konsert tersebut terletak kepada cara komunikasi semua pemuzik yang kelihatan janggal dan kekok.
Namun keempat-empat mereka bijak menutup kelemahan tersebut dengan kehebatan mereka bermain gitar. Kehebatan malam itu diakhiri dengan lagu G4 Fast and Furios dan Ilusi Intonasi.

Lumpur ajaib di Kampung Meritam

on Monday, October 1, 2012


Kawah lumpur bebuak bersaiz sehingga mencecah 2 meter lebar boleh memuatkan tiga empat orang dalam satu masa di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak.
PERMUKAAN tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak.
Kejadian sama berulang selang beberapa minit kemudian. Setelah beberapa hari, ia akhirnya menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang lembik dan hangat.
Fenomena menakjubkan itu menyebabkan sebuah kawasan lapang di pinggir Kampung Meritam, Limbang, Sarawak yang dulunya lengang bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai.
Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal memberitahu, sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib berkenaan sebagai 'lumpur bebuak'.
"Bukan satu, malah ratusan kawah seumpamanya muncul di kawasan berkenaan. 
"Saiznya pula berbeza-beza. Ada yang hanya sebesar penumbuk. Ada juga bersaiz cukup besar sehingga mencecah dua meter lebar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Apabila semakin ramai keluarga berpindah di kawasan berhampiran lumpur bebuak, populariti lumpur itu meningkat lebih-lebih lagi apabila ada yang mendakwa ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.
"Penduduk memberitahu penyakit gatal-gatal dan kudis berkurangan yang dihidapi beransur pulih apabila disapu dengan lumpur bebuak, malah ada juga yang mendakwa penyakit asma mereka sembuh selepas minum air yang ditapis daripada lumpur itu.
"Khabar tersebut tersebar dengan cepat menyebabkan orang ramai termasuk pelancong Brunei dan Sabah berpusu-pusu datang semata-mata mahu mandi lumpur dan mengubati penyakit masing-masing," ujar Mahmud.
Populariti lumpur bebuak menyebabkan Majlis Daerah Limbang (MDL) memutuskan untuk membina beberapa kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi awam serta jambatan kayu untuk digunakan oleh pengunjung.
Malah kawasan itu juga diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di Limbang oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Berpeluang merasai sendiri berendam di dalam kawah lumpur bebuak bersama beberapa pengunjung lain, penulis mengakui ia merupakan pengalaman menyeronokkan dan amat berbaloi untuk dicuba.
Abaikan seketika rupa lumpur yang pekat likat dengan bau yang kurang menyenangkan. Sebaik sahaja anda 'berkubang' di dalam kawahnya, perasaan geli hilang serta-merta. 
Malah, ada yang tidak mahu keluar dari kawah itu yang boleh diibaratkan seperti rendaman terapi untuk menyegarkan badan serta minda.
Apa yang menakjubkan, kawah yang mampu memuatkan empat atau lima orang lelaki dewasa dalam satu-satu masa itu sebenarnya tidak berdasar.
Bagaimanapun usah risau kerana sifatnya seakan-akan laut mati. Apa sahaja objek yang terjatuh ke dalam kawah berkenaan akan timbul serta-merta termasuk penulis yang mempunyai berat badan mencecah 70 kilogram!
Ditanya sejak bila lumpur bebuak terhasil, Mahmud memberitahu tiada sesiapa tahu asal-usul kejadian tersebut yang mempunyai persamaan dengan tanah lumpur di kawasan kaki gunung berapi.
"Namun yang peliknya, Limbang bukanlah kawasan yang mempunyai gunung berapi
"Mengikut cerita yang saya dengar daripada orang lama, ia memang ada di situ sebelum Limbang diteroka, iaitu lebih 100 tahun lalu," katanya.
Bercerita lanjut, Mahmud berkata, puluhan tahun dulu iaitu sewaktu beliau masih muda, pelbagai haiwan seperti kerbau, burung dan rusa gemar menjilat lumpur bebuak yang dikatakan mempunyai rasa masin.
"Sewaktu menjilat lumpur itu, haiwan tersebut menjadi leka tanpa menyedari kehadiran manusia yang berada berdekatan dengannya. Jadi orang kampung mengambil kesempatan itu untuk menangkap haiwan berkenaan menggunakan jerat.
"Sekarang sudah jarang haiwan liar singgah di sini. Mungkin mereka takutkan manusia," katanya.
Sementara itu, salah seorang pengunjung, Dayangku Salmah Pengiran Tajuddin, 42, berkata, kewujudan lumpur bebuak yang dipercayai menjadi penawar kepada penyakit kulit menjadi tarikan utama dia dan keluarganya berkunjung ke Limbang.
Surirumah dari Brunei itu berkata, apabila melumurkan lumpur tersebut pada kudis salah seorang anaknya, penyakit kulit itu kering dan sembuh dalam masa tiga hari.
"Jadi kami sekeluarga kerap datang ke sini untuk mandi lumpur. Kami juga menyimpannya di dalam botol untuk dibawa pulang ke rumah sebagai bekalan atau untuk diberi kepada saudara-mara," katanya.
Seorang pelajar, Shianizz Pulang, 17, pula berkata, dia dan rakan-rakan sering mengunjungi kawasan itu semata-mata ingin berendam sambil bermain lumpur.
"Berendam di dalam kawah amat menyeronokkan kerana lumpurnya suam-suam kuku. Kalau bosan berendam, kami bermain gelongsor menggunakan lumpur yang meleleh di sekitar kawah," katanya.

Fesyen muslimah di Halfest


Koleksi fesyen Muslimah hasil rekaan Emystic yang bakal diperagakan sempena program Halfest 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 10 hingga 14 Oktober ini.
BUSANA muslimah berkongsi pasaran yang tidak kurang pentingnya dalam industri fesyen tanah air masa kini, justeru menjadikannya sebahagian acara penting yang bakal membantu memeriahkan lagi program Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2012 .
Ekspo berkaitan industri halal di negara ini pada 10 hingga 14 Oktober itu bakal menyaksikan kemunculan pereka fesyen tempatan serta pemilik butik tanah air mengenengahkan rekaan masing-masing.
Dengan membawa tema Moslema In Style, peragaan fesyen tersebut dijangka akan diadakan pada 13 Oktober bermula pukul 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Penganjur peragaan, Siti Aishah Mohamed Hanif dari Ploof Sdn. Bhd., berkata, peragaan tersebut yang akan berlangsung selama tiga jam itu bakal menampilkan sebanyak 45 rekaan.
Katanya, pereka-pereka fesyen yang terlibat dalam peragaan tersebut akan membawakan rekaan-rekaan berkonsepkan muslimah.
"Pernyertaan mereka (pereka dan pemilik butik) dalam Halfest 2012 ini akan memberi pendedahan yang luas di samping memartabatkan lagi jenama busana rekaan mereka.
"Ia juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan untuk pemilik-pemilik busana ini.
"Yang pasti melalui pentas peragaan ini juga dapat menonjolkan bakat mereka dan idea-idea baru yang dapat memberikan inspirasi kepada kita semua," katanya pada majlis memperkenalkan koleksi rekaan fesyen syarikatnya, Ploof Sdn. Bhd., yang bakal diperagakan pada ekspo tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Siti Aishah, pihaknya buat pertama kali akan menyertai peragaan fesyen tersebut pada tahun ini dengan mengetengahkan koleksi-koleksi eksklusif Emystic.
Jelasnya lagi, koleksi eksklusif 2012 dari Emystic diinspirasikan oleh keanggunan konsep rekaan 60-an yang dipopularkan oleh para biduanita tanah air seperti Allahyarhamah Saloma.
Dengan olahan kontemporari yang masih mengekalkan elemen-elemen klasik koleksi 60-an, Emystic mempamerkan rekaan-rekaan yang segar dan moden.
Rekaan itu juga dilihat bersesuaian dengan cita rasa masa kini yang mampu menambat hati para fashionista dan orang ramai yang inginkan sesuatu yang anggun dan selesa.
"Koleksi eksklusif 2012 merupakan hasil karya kami yang terbaik kerana merangkumi pelbagai rekaan dari kurung moden ala 60-an, jubah ala dres berkolar tinggi, baju kurung kain kapas dengan kemasan renda serta baju kebarung labuh, salah satu rekaan klasik yang kami sediakan.
Sebagai penganjur peragaan busana Moslema In Style, Siti Aishah turut mengalu-alukan penyertaan butik pengantin untuk memperagakan koleksi pakaian pengantin muslimah mereka.
Pihaknya turut mengalu-alukan penajaan daripada pihak korporat untuk bekerjasama dalam penganjuran peragaan tersebut yang dilihat akan memberi impak positif kepada pihak korporat yang terlibat.
Di samping itu, Ploof Sdn. Bhd. turut menawarkan peluang dan ruang kerjasama kepada organisasi-organisasi wanita yang ingin mengadakan program-program kewanitaan semasa berlangsungnya Halfest 2012.
Selain itu, Siti Aishah turut memberitahu, pelbagai acara sampingan akan diadakan seperti bengkel solekan, bengkel penggayaan Hijab In Style, kelas penampilan diri, seminar perniagaan busana online dan sebagainya. 
Maklumat lanjut boleh hubungi Emystic di talian 017-3096067 atau layari www.emystic.com.my.

Isteri ditangkap khalwat

on Wednesday, September 19, 2012

isteri ditangkap khalwat
LEDANG - Seorang wanita yang masih berstatus isteri dicekup khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Serom, Sungai Mati dekat sini, semalam.

Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.

Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.

Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.

“Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa agama datang memeriksa rumah berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.

“Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

“Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat.

“Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Faizal Tahir risau


pix_gal0
DISEMBER lalu, dia pernah menjayakan sebuah konsert bersama beberapa artis lain. Namun persembahan pada hujung tahun itu kurang mendapat perhatian peminat.

Lalu, apabila Faizal Tahir sekali lagi diumumkan bakal mengadakan konsert, kali ini secara solo, di KL Live pada 1 Julai ini, timbul persoalan apakah dia yakin pertunjukan berkenaan tidak menerima nasib serupa?
Ketika ditemui pada majlis sidang media konsert terbabit di ibu kota, semalam, penyanyi Karma ini enggan membiarkan sebarang kebimbangan berhubung soal sambutan orang ramai membelenggu dirinya. Sebaliknya, segala tumpuan harus diberikan kepada kemantapan persembahan.
Begitupun penyanyi berusia 34 tahun ini mengaku, dia mengambil sedikit masa untuk berfikir dan menimbang tawaran daripada syarikat Zackkoolg milik bekas anggota kumpulan Kool, Zack, itu. 

“Saya bukanlah trauma dengan kejadian dulu, tetapi agak sedih. Saya boleh gambarkan keadaan itu seperti bekerja seorang diri di pejabat, pada hujung minggu.

"Saya tidak menyalahkan penganjur, sebaliknya mungkin kerana ia diadakan pada tarikh kurang sesuai. Namun tentulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada konsert itu masih meninggalkan kesan. 

“Ia bukanlah kes pertama, banyak lagi konsert berdepan nasib serupa. Daripada 10 konsert dianjurkan, mungkin hanya lima yang berjaya. Jadi selepas berkali-kali pihak pengurusan bertanya, barulah saya memberikan jawapan. 
"Lagipun, hati saya terbuka menerima tawaran mereka kerana tarikhnya berdekatan dengan kemunculan album ketiga, yang berada di pasaran penghujung bulan depan," katanya yang akan mempersembahkan 10 lagu pada konsert itu.

Faizal turut menyatakan, dia tidak mahu bersifat terlalu yakin terhadap kemampuan konsert berkenaan menarik kehadiran ramai peminat. Dia berbuat begitu kerana enggan dilanda kecewa, jika harapan menggunung tidak kesampaian.

Kebimbangan bagaimanapun kelihatan pada wajah penyanyi ini, petang semalam. Apatah lagi dia juga sedang serabut memikirkan persiapan untuk persembahan peringkat separuh akhir Mentor, Ahad ini. Protegenya, Anas, bakal ditentukan nasibnya untuk ke final pada malam berkenaan.

"Saya akui takut, tapi tidaklah terlalu risau kerana ia diadakan di KL Live. Kalau diadakan di stadium, pasti saya berasa kurang yakin. Apatah lagi ketika ini, masyarakat sering dihidang dengan persembahan percuma. Jadi ia mungkin memberikan kesan kepada persembahan berbayar. 

“Konsert artis luar juga kerap diadakan. Peminat akan berfikir banyak kali untuk mengeluarkan belanja. Namun saya percaya, mereka sanggup keluarkan duit untuk menonton persembahan muzik yang bagus," katanya yang mengimpikan konsert lebih besar pada masa depan.

Menyentuh pemilihan lagu, penyanyi ini menyatakan, dia akan mempersembahkan lagu yang dikenali ramai, daripada album sendiri mahupun dendangan penyanyi lain.

“Saya tidak akan menggunakan konsert ini untuk memperkenalkan lagu baru. Untuk album baru, kami akan mengadakan siri jelajah bagi tujuan mempromosikannya,” kata Faizal yang memaklumkan, dia sendiri akan turut menghebahkan penganjuran konsert berkenaan menerusi laman sosialnya.

Mamat (Sepah) Jauhkan Diri Daripada Dua Sahabat


Jepp (kanan) dan Shuib berharap Mamat dapat berhubungan akrab dengan mereka seperti zaman Sepah belum berpecah dahulu.
PETALING JAYA: Sikap Mamat dari kumpulan Sepah menjadi tanda tanya kepada bekas dua ahlinya yang lain iaitu Jepp dan Shuib apabila pelawak itu sukar untuk dihubungi sejak mereka disahkan berpecah.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia bingung apakah punca Mamat menjauhkan diri daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.
"Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya.
"Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya.
Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.
Dari kiri; Jeff, Shuib dan Mamat.
"Setakat ini kami tidak ada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," ujarnya.
Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri.
"Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin.
"Projek Sepahtu dibuat pun kerana album lagu antara saya dan Shuib yang diterbitkan oleh syarikat Mawi (MW Entertainment Sdn Bhd). Alhamdulillah, saya lihat sehingga kini, karier kami semakin stabil," ujarnya.
Sementara itu, Sepah The Movie bakal ditayangkan pada 29 November depan dan ia turut dibarisi pelakon Anzalna dan Jehan Miskin.
Filem itu mengisahkan tentang ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik.
Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.

Ganti Rugi RM50,000, Mahkamah Tolak Rayuan Nadia Mustafar


Nadia Mustafa
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan pelakon Nadia Mustafar berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia.
Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan.
"Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.
Beliau turut memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.
Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah pada Selasa.
Lisdawati
Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar.
Pada 31 Oktober tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.
Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan.
Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 - 14 Januari 2005.
Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.
Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya.

Mahu angin perubahan



pix_middle 
RASANYA bukan sekadar pengkritik filem yang banyak mengomel, sebaliknya peminat hari ini pun sudah bijak menilai fakta bahawa aktres jelita kacukan Melayu-Thailand ini hanya muncul mewarnai karya terbitan Metrowealth (MIG) selaku syarikat pengurusannya.
Jauh mana langkahnya dan hebat mana pencapaian yang ada, persepsi skeptikal masih lagi berpaut, kononnya Intan Ladyana tidak punya cabaran dan saingan kerana hanya diterima berlakon di bawah syarikat pengurusan sendiri saja. 

Hakikatnya ketika bertemu dengan pelakon yang cukup peramah itu baru-baru ini, MIG hanya institusi yang bertanggung jawab membentuk bakatnya namun kini bakat yang ada pada dirinya sudah pun diteroka produser dan pengarah luar MIG. 

Andai ada siapa yang menganggap pemilik senyuman manis ini hanya bersandarkan produksi pengurusan MIG saja untuk terus bernafas, ia satu tanggapan silap kerana Intan tidak pernah berharap kepada satu syarikat saja untuk terus bertahan dan bergerak ke depan.

Bakat Intan jauh melangkaui persepsi mata sekeliling yang menganggapnya tidak berbakat dan hanya memperdagangkan wajah cantik. Kata mereka, jika ada pun tawaran yang datang semuanya sudah diatur dari pihak MIG sendiri.

Sangkaan ramai yang banyak mengatakan dirinya juga pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya hanya tampil mewarnai filem MIG memang salah sama sekali. 

“Saya hanya ada dua buah filem saja bersama MIG tahun ini termasuk Adnan Sempit 3 dan Pada Suatu Cinta Dahulu serta drama siri Bini-Bini Ku Perkasa. Selebihnya tiga lagi filem bersama produksi luar. Mana mungkin ada yang berpendapat saya hanya popular kerana bersandar pada satu syarikat saja yang percaya akan bakat saya. 

“Alhamdulillah selepas tiga tahun mencari tapak dengan MIG, makin ramai pihak luar yang yakin dengan kemampuan saya. MIG hanya satu permulaan yang membantu saya membentuk diri dan jiwa untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Namun ruang dan peluang yang diberi itu tidak berlalu begitu saja kerana saya sentiasa peka untuk meneroka tawaran lain,” katanya membuka cerita.

Jelas Intan mengukir senyum, jiwanya bersyukur kerana setiap pandangan dan persepsi orang lain itu adalah rahsianya dalam mengumpul semangat untuk menjadi lebih baik.

“Alhamdulillah akhirnya impian saya terlaksana. Nama dan bakat yang ada makin dikenali ramai dan itulah yang menjadi keutamaan saja sejak awal menjejakkan diri dalam industri ini. Saya ingin sekali orang lain dan pihak produksi luar nampak akan kemampuan dan kredibiliti saya dalam menghidupkan apa saja watak yang diberikan.

“Mana tidaknya, jika dulu ramai yang mengatakan saya hanya diberi peluang berlakon filem di bawah MIG saja namun 2012 memperlihatkan sesuatu yang positif dan lebih baik dalam profil lakonan saya. Rezeki datang tanpa henti dan lebih menariknya, saya diberi kepercayaan oleh produksi luar pula.

“Pihak Excellent Pictures Sdn Bhd umpamanya menawarkan saya watak untuk filem Apacelop, kemudiannya filem Sebelum Subuh terbitan 3 Line Productions dan Dampak pula terbitan Ops Productions. Kesemuanya satu eksperimen buat saya untuk bekerja dengan produksi luar dan masih baru dalam penerbitan namun itulah pengalaman baru yang makin memberikan saya pendedahan berguna.

“Malah filem Halimunan yang kini sedang hangat dipromosikan juga adalah sebuah filem terbitan RPL Empire yang pertama kali meletakkan saya dengan watak Sutera yang berbeza dan cukup menarik,” katanya lagi. 

Itulah pencapaian buat aktres berusia 30 tahun ini. Melihat kembali kesemua senarai filem lakonannya, Intan punya peningkatan positif dalam persembahan dan bakatnya. 

Malah selepas dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem tahun lalu menerusi filem Bini-Biniku Gangster, Intan bukan lagi pelakon tempelan yang hanya wujud dalam industri namun fungsinya tiada siapa yang nampak. 

Jelasnya yang mula dikenali menerusi drama siri Puteri sebelum ini, itulah rezeki dan hatinya sentiasa percaya dengan kesungguhan dan disiplin yang dipamerkan selama ini akan membuahkan hasilnya. 

Lebih menariknya dan rancaknya perbualan petang itu apabila pelakon kurus tinggi ini berhasrat untuk beranikan diri melangkah membina nama sendiri tanpa lagi bersandar pada syarikat pengurusannya itu. 

Berbaki lagi dua tahun kontraknya, Intan memasang niat untuk bergerak sendiri untuk melihat percaturannya nanti.

“Saya bertuah kerana David Teo banyak membantu selama ini. Dia sudah bukan seperti majikan lagi sebaliknya lebih kepada seorang abang yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Bukan saja soal lakonan malah David acap kali membuka mata saya akan soal masa depan, perancangan seorang pelakon dan bagaimana untuk memasarkan diri ke luar. 

“Justeru semua itu saya jadikan sebagai pengajaran yang melengkapkan lagi diri. Kini saya fikirkan sudah tiba masanya untuk berdiri sendiri dan membuka peluang yang sama kepada mereka yang masih baru dan memerlukannya. MIG ada ramai bakat baru dan saya rasa sudah tiba masanya mereka pula diberikan perhatian dan peluang yang lebih.

“Seperti apa yang selalu dipesan ibu kepada saya, jangan terlalu lama berada di takuk selesa kerana bimbang ia akan meleset kalau khayal dan leka. Jadi saya berhasrat untuk bergerak sendiri tanpa MIG selepas tamat kontrak nanti. Harap-harap ia akan memberikan saya lebih kebebasan untuk mencuba produksi lain nanti,” katanya yang pernah membintangi banyak filem di bawah MIG termasuk Jangan Pandang Belakang, I’m Not Single, Adnan Sempit, V3 Samseng Jalanan, Kembar Siang dan Flat 3A. 

Mengakui hasrat untuk meninggalkan MIG tidak semudah bibir mengucapkannya, Intan bagaimanapun yakin rezeki itu ada di mana-mana dan mengharapkan akan ada pihak lain yang menaruh kepercayaan kepada lakonannya. 

Meskipun sudah basi dan acap kali dibentangkan di depannya, persoalan mengenai cintanya dengan aktor terkenal, Kamal Adli bagai sudah menjadi soalan rutin untuk disoal kepadanya.

Sudah lama menjadi tatapan umum dan perhatian media, kisah percintaan mereka yang sudah merentas lebih tiga tahun ini hanya menanti pengumuman kedua pihak bagi mengesahkan langkah seterusnya.

Namun sudah dijangkakan, mengenali Intan lama sudah, menerjah persoalan yang sama, jawapannya tidak sekali berubah.

“Kami berdua masih seperti biasa. Menjalani hubungan kekasih seperti yang lain, ada pasang dan surutnya. Namun alhamdulillah kami berdua sudah cukup kenal antara satu sama lain yang mana keserasian dan persefahaman itu sudah ada. 

“Insya-Allah jika ada jodoh pastinya saya akan berkongsi dengan peminat semua. Untuk apa pula kami berahsia jika ia perkara yang baik cuma buat masa kini, masing-masing hanya sibuk menumpukan pada kerjaya agar semakin kukuh,” katanya.

Rancangan menarik Aidilfitri | PROGRAM TERBAIK RAYA DI TV3

on Monday, August 20, 2012

Rancangan menarik Aidilfitri | PROGRAM TERBAIK RAYA DI TV3

TV3 juga menyediakan program hiburan, variasi dan dramedi terbaik untuk tontonan bersama insan tersayang seperti ‘Sampaikan Raya’, ‘Melodi Raya’, ‘Ziana, Amy & Erra’, ‘Irama’, ‘Bola Pun Raya’, ‘Mentor 6 Raya’, ‘Sebelum Raya’, ‘Dua Dalam Satu’, ’48 Jam’, ‘Senario Sayang Ayah’ dan ‘Buletin Cinta’. Berikut ialah program-program istimewa di TV3 sempena Aidilfitri :

PM umum insentif Chong Wei, Pandelela esok?

on Sunday, August 12, 2012

Lee Chong Wei

PM umum insentif Chong Wei, Pandelela esok?

SHAH ALAM - Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang memperoleh pingat perak kedua Sukan Olimpik Sabtu lalu akan mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, petang esok.

Buang Bayi…Kejamnya!

Buang Bayi...Kejamnya!

Buang Bayi…Kejamnya!

Gambar di atas menunjukkan mayat bayi yang diletakkan di atas pagar oleh manusia yang memang tidak berhati perut.
Lihatlah betapa sedihnya keadaan mayat bayi itu yang dihurungi kerengga dan semut…terbiar begitu saja.

Mimpi Dirang terus datang...

Mimpi Dirang terus datang...

Mimpi Dirang terus datang...


PASIR GUDANG – “Mak, kalau nak jumpa saya, kena banyak sembahyang...” Demikian mimpi pertama Roselyn Alan, 25, selepas anak perempuannya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang dibunuh dan dibakar Mac lalu.

Chong Wei mohon maaf klip video hina Lin Dan

Lee Chong Wei

Chong Wei mohon maaf klip video hina Lin Dan

BEIJING – Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.
“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat

4 Orang Islam Di Buang Kerja Kerana Berpuasa

on Saturday, August 11, 2012

4 Orang Islam Di Buang Kerja Kerana Berpuasa

Pemecatan empat orang Muslim Perancis dari pekerjaannya sebagai pengajar kem musim panas kerana melaksanakan ibadah puasa telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Perancis.

Seorang Wanita Berjaya Memancing Keli Seberat 55 kg

Seorang Wanita Berjaya Memancing Keli Seberat 55 kg

LONDON: Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat daripada dirinya, semalam.
Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55 kilogram.

Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.

Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini - seberat 31.7 kilogram.

Ikan itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat 18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.

Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu, Kristin berkata, ia seperti “menarik sebuah bas.” Kristin melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan gambar bersamanya.

Pisang Kembar Membawa Tuah Kepada Peniaga

Pisang Kembar Membawa Tuah Kepada Peniaga

Pisang kembar yang bertuah yang dimiliki seorang peniaga nyata membawa untung apabila ianya menjadi perhatian pelanggan.

Begitulah rezeki seorang peniaga bila keganjilan pisang berkembar itu memberi tuah dan sedikit rezeki kepadanya.

Pandelela mara ke final acara terjun

on Thursday, August 9, 2012

Wanita terkulai dengan serakah abang ipar setan!

Wanita terkulai dengan serakah abang ipar setan!

KOTA BHARU – Perlakuan ganas seorang buruh yang memukul dan menumbuk adik iparnya sebelum merogol wanita itu, mendapat balasan apabila dia dihukum 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah.

Kakitangan awam NS terima bonus Aidilfitri hari ini, dalam bentuk cek

Perlukah duit baru?

Kakitangan awam NS terima bonus Aidilfitri hari ini, dalam bentuk cek

SEREMBAN - Seramai 6,797 orang penjawat awam, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di negeri ini menerima bayaran imbuhan atau bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500, hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bayaran yang dibuat sebagai menghargai jasa penjawat awam itu juga adalah yang paling bersejarah kerana ia disampaikan dalam bentuk cek dan dibuat serentak di 12 lokasi.

Pasar raya musnah terbakar

Pasar raya musnah terbakar

Pasar raya musnah terbakar

BANDARAYA MELAKA - Ribuan helai pakaian untuk pelbagai peringkat usia di Pasaraya Khelass musnah dalam kebakaran di Jalan Kee Ann, Kampung Jawa, di sini, tengah malam kelmarin.

Turut musnah adalah 14 gerai menjual makanan dan buah-buahan di hadapan pasar raya terbabit yang telah beroperasi sejak 14 tahun lalu dalam kejadian jam 11.58 malam.

Nyaris diperkosa rakan suami

Nyaris diperkosa rakan suami

Nyaris diperkosa rakan suami

ALOR GAJAH - Hanya kerana sudah lama menyimpan perasaan, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa isteri rakan baiknya sendiri.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa terselamat namun terpaksa menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk kiri kerana cuba mempertahankan diri selepas dipukul dengan cota.

Dynas terima banyak tempahan baju sempena Aidilfitri

Dynas bersama anak keduanya Mohamed Haqaish. - Foto ihsan

Dynas terima banyak tempahan baju sempena Aidilfitri

SHAH ALAM - Selebriti terkenal, Dynas Mokhtar, 29, mengakui jadual hariannya agak padat menjelang 1 Syawal.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Dynas berkata, sepanjang Ramadan, dia banyak mendapat tempahan daripada pelanggan terutamanya dari kalangan peminat beliau.

Ketiadaan dua tonggak tidak gugat Selangor

piala malaysia

Ketiadaan dua tonggak tidak gugat Selangor

MISI Selangor untuk merangkul gelaran buat kali-33 Piala Malaysia musim ini tidak akan terjejas meskipun ketiadaan ketua pasukannya, Mohd Amri Yahya dan pemain pertahanan, Bunyamin Umar yang digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 semalam.

Keputusan Penuh Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012

on Tuesday, July 31, 2012

Malaysia sekali lagi menerima kunjungan Kelab Liga Perdana Inggeris yang kedua dalam temoh seminggu. Minggu lalu Malaysia bertemu Arsenal untuk perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia Arsenal. Dan malam ini malaysia sekali lagi diuji apabila bertemu Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City. CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT Untuk perlawanan pada malam ini, pada mulanya
 
© Laman Semasa All Rights Reserved