Malaysia sekali lagi menerima kunjungan Kelab Liga Perdana Inggeris yang kedua dalam temoh seminggu. Minggu lalu Malaysia bertemu Arsenal untuk perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia Arsenal. Dan malam ini malaysia sekali lagi diuji apabila bertemu Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City. CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT Untuk perlawanan pada malam ini, pada mulanya
Home > Archives for July 2012
Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London, Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati Olimpik London 2012
on Monday, July 30, 2012 at 1:49 AM
Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa. Terpulang
Fakta Dan Spesifikasi Pingat Sukan Olimpik 2012 London
on Sunday, July 29, 2012 at 12:02 PM
Pingat Emas Olimpik adalah sesuatu yang paling diidamkan oleh semua atlet di seluruh dunia. Memenangi pingat tersebut boleh diumpamakan sebagai "terhebat" di seantero dunia dalam bidang sukan masing masing. Malah negara kita sendiri, Malaysia sehingga kini masih berusaha keras untuk mendapatkan emas sulung Olimpik untuk negara. Pada olimpik London klai ini, Malaysia meletakkan harapan besar
Jadual Pungutan Pingat Terkini Sukan Olimpik London 2012
at 11:37 AM
Berikut adalah jadual pungutan pingat terkini di Sukan Olimpik London yang akan berlangsung dari 27 Julai 2012 sehingga menutup tirainya pada 12 Ogos ini. Sebanyak 302 sesi pengurniaan pingat akan diadakan di semua lokasi perlawanan di seluruh UK. CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT Anda boleh mendapatkan keputusan terkini dan senarai pungutan pingat Sukan Olimpik Londn yang
Live Streaming Sukan Olimpik 2012 London
at 11:22 AM
Sukan Olimpik yang telah membuka tirai pada 27 Julai 2012 dan dianggap banyak pihak sebagai Sukan Olimpik dengan pembukaan paling gah pernah dibuat. Olimpik kali ini dihostkan oleh tuan rumah London yang dipilih dalam sesi IOC ke 117 di Singapura pada tahun 2005. CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT Untuk temasya pada kali ini, semua penonton diseluruh dunia boleh menonton
Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2012
at 1:45 AM
Berikut adalah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus diseluruh negara untuk bulan Ogos. Untuk bulan Ogos, jadual kuliah sehingga 16ogos sahaja dan selebihnya akan diumukan kemudian. Ustaz pun nak beraya jugak kan ?
6 Perkara Yang Allah Sembunyi Dari Manusia
on Saturday, July 28, 2012 at 11:00 PM
Sebagai peringatan dan panduan, hari ini aku nak berkongsi sesuatu. Tentang perkara yang Allah sembunyikan dari kita. Mohon baca sampai habis dan kongsi bersama yang lain untuk kita sama sama mendapat kebaikan dan keberkatan. InsyaAllah. Diambil dari facebook page Mencari Nur Illahi.
6 perkara Allah sembunyikan~~
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau
Ibu Tunggal Perlu Bantuan Anda
at 8:50 PM
Seorang ibu tunggal yang menderita penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome) memerlukan bantuan dan sokongan kewangan daripada anda yang berkemampuan dengan seikhlas hati bagi menampung beban kewangan perubatan dan kehidupan seharian. A little bit about Alia Haryanie : Ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata yang diceraikan talak 3 oleh suami yang tidak berperikemanusiaan, menghidap penyakit
Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor
at 2:13 AM
Jika baru baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di seluruh negara sempena Aidilfitri ini , kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula mengambil inisiatif lebih besar dengan memberikan bonus yang semestinya membuatkan warga PKNS tersenyum lebar. 2 BULAN GAJI. Itulah yang diumukan Menteri Besar Selangor . SHAH ALAM:
Video Lagu Tema Hari Kebangsaan “Janji Ditepati” Bersifat Politik
on Friday, July 27, 2012 at 10:26 PM
Disebalik isu logo dan tema kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia pada 31 ogos ini yang dah menjadi perdebatan ramai , kini keluar pulak lagu rasmi Hari Kebangsaan yang bertajuk “Janji Ditepati” yang memang sangat jelas menampakkan hari merdeka sebenarnya dipolitikkan. Rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan tidak mudah menipu. Jika kerajaan memerintah terus bertindak sebelah pihak saja
Bekas Isteri Hattan Saman Blog OHBULAN RM 1Juta
at 8:35 PM
Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai
Kadar Zakat Fitrah 2012 Dan Cara Bayar Zakat Fitrah Guna SMS
at 11:19 AM
Zakat fitrah yang juga dikenali sebagai zakat badan, zakat ramadhan dan zakat aidilfitri adalah satu zakat yang wajib ditunaikan sebelum menjelanh aidilfitri. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan dengan satu gantang beras atau bersamaan 2.3 kilogram beras atau sama nilai. CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT Waktu waktu menunaikan zakat fitrah : Wajib : mulai terbenam
6 Gambar Kapal MISC Meletup Ketika Isi Minyak Di Jeti Petronas Labuan
on Thursday, July 26, 2012 at 1:33 PM
kapal meletup di labuan, kapal minyak meletup petronas labuan, kapal meletup di jeti mega methanol, kapal misc meletup, Laporan dari Berita Harian LABUAN: Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan
Koleksi Logo Alternatif Kemerdekaan 2012 Ciptaan Rakyat Malaysia
at 10:34 AM
Isu paling panas dan paling mendapat liputan pada minggu ini mungkin berkaitan Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012 yang menjadi perdebatan kerana slogan yang nampaknya menyebelahi sebelah pihak dan logo yang nampaknya seperti hasil kerja “budak 9 tahun”. Ramai yang menganggap logo kemerdekaan pada tahun ini tidak langsung tidak menepati slogan “Janji Ditepati” tetapi lebih
Bayi maut tercampak
at 1:27 AM
KUANTAN- Seorang bayi berusia setahun maut tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa Mohamad Aysisy Shfyi’ Mohd Rizail, 1, yang sebelum itu berada di pangkuan ibunya di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, ibu mangsa, Salma Mohd Sadali, 21 cedera parah apabila patah bahu dan terkoyak kulit muka.
Menurutnya, pemandu kereta Mohd Rizail Abd Kadir, 32 yang bertugas sebagai anggota tentera di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Kuala Lumpur dan seorang lagi anaknya, Qaseh Nur Syifa’, 2, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pemandu lori, Mohamad Mazani Yusof, 27, dari Felda Bukit Goh dekat sini turut terselamat dan juga hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Beliau berkata, empat sekeluarga dari Felda Sebertak itu dipercayai dalam perjalanan ke Felda Kumai dari arah Temerloh.
“Ketika sampai di lokasi nahas, lori yang dipandu Mohamad Mazani dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris terbalik ketika cuba mengelak sebuah lori balak yang memotongnya di sebelah kanan.
“Tindakan pemandu lori terbabit mengelak ke kiri menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang imbangan memandangkan permukaan jalan di kawasan itu tidak rata,” katanya.
Mohamed Fauzi berkata, pemandu lori menekan minyak untuk masuk kembali ke laluan namun kenderaan tersebut tersasar ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak itu.
“Akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Persona itu terseret beberapa meter manakala mangsa yang berada di pangkuan ibunya tercampak keluar melalui bahagian pintu depan sebelah kiri yang tercabut.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat manakala kedua ibu-bapa dan kakak mangsa turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.
“Pemandu lori yang mengalami cedera ringan hanya mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bandar 32, Bera,” katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa bayi terbabit masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nur Suryani jadi tumpuan media Amerika
at 1:19 AM
Nur Suryani jadi tumpuan media Amerika
NEW YORK - Keazaman atlet hamil Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London, bukan saja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch.
Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.
Dalam laporannya mengenai Nur Suryani, New York Daily News antara lain menulis "penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini."
Perkara yang mengagumkan peminat Nur Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat "Malaysia Boleh" - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan.
Kata-kata atlet ini kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal. Katanya: "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."
Penyertaan Nur Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai sukan Olimpik setakat ini. Fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa. Kali terakhir melibatkan jaguh acara Curling Kanada Kristie Moore, yang bertanding pada Olimpik Vancouver 2010 ketika hamil lima bulan setengah.
Penyertaan atlet ini menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.
Media Amerika melaporkan Nur Suryani sebagai berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara yang betul. Sebuah akhbar melaporkan wanita bersemangat waja ini "membelai anak yang dikandungnya dengan kata-kata penuh kasih sayang".
Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.
Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara.
New York Times memetik atlet ini sebagai berkata apabila tua kelak, dia akan berkata kepada anaknya: “Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai sukan Olimpik!" - Bernama
Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.
Dalam laporannya mengenai Nur Suryani, New York Daily News antara lain menulis "penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini."
Perkara yang mengagumkan peminat Nur Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat "Malaysia Boleh" - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan.
Kata-kata atlet ini kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal. Katanya: "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."
Penyertaan Nur Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai sukan Olimpik setakat ini. Fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa. Kali terakhir melibatkan jaguh acara Curling Kanada Kristie Moore, yang bertanding pada Olimpik Vancouver 2010 ketika hamil lima bulan setengah.
Penyertaan atlet ini menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.
Media Amerika melaporkan Nur Suryani sebagai berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara yang betul. Sebuah akhbar melaporkan wanita bersemangat waja ini "membelai anak yang dikandungnya dengan kata-kata penuh kasih sayang".
Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.
Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara.
New York Times memetik atlet ini sebagai berkata apabila tua kelak, dia akan berkata kepada anaknya: “Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai sukan Olimpik!" - Bernama
PM: Bonus raya setengah bulan
at 1:16 AM
PM: Bonus raya setengah bulan
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama
Gagal berkelahi besar-besaran
at 1:13 AM
Gagal berkelahi besar-besaran
GEORGE TOWN - Perancangan dua kumpulan gengster Geng 04 dan Geng 24 untuk bergaduh secara besar-besaran ekoran dendam kesumat yang terbuku di hati masing-masing gagal apabila seramai 93 ahli termasuk ketuanya diberkas di pusat hiburan sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini kelmarin.
Gengster-gengster itu diberkas pukul 12.30 tengah malam selepas polis menyerbu sebuah bilik karaoke di tingkat dua hotel berkenaan yang dijadikan tempat ketua kedua-dua kumpulan tersebut bermesyuarat bagi merancang perkelahian itu.
Daripada jumlah itu, seramai 23 merupakan ahli Geng 04 dan 70 anggota Geng 24. Mereka diberkas oleh pasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang, Deputi Superintenden Zailanni Amit.
Mereka berusia 16 hingga 42 tahun dengan 20 orang positif dadah.
Geng 04 banyak terlibat dalam jenayah peras ugut pemaju perumahan di kawasan Timur Laut dan Barat Daya dengan meminta wang perlindungan. Kumpulan tersebut akan membuat kacau sehingga kehendak mereka dituruti.
Samseng Geng 24 pula akan menggunakan kekerasan untuk memaksa atau mempengaruhi para peniaga di kawasan Timur Laut supaya berurusan dengan mereka.
Mereka juga kerap membuat kacau di pusat hiburan dengan datang beramai-ramai tanpa memesan minuman.
5 Anggota polis terbunuh dalam serangan bom
at 1:12 AM
5 Anggota polis terbunuh dalam serangan bom
BANGKOK – Lima anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Kampung Upak, Thatong, Raman, Yala, hari ini.
Ketua Polis Yala, Mej Jen Pirat Boonliang berkata, kumpulan itu sedang melakukan rondaan di sebuah jambatan di kampung itu apabila sebutir bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap dan dipakir di jambatan itu, meletup pada 3.15 petang.
"Kumpulan pemberontak Runda Kumpulan Kecil (RKK) diketuai oleh Kaman Chaichana meledakkan bom itu dari hutan berhampiran,” katanya.
Mereka turut merampas senjata api anggota polis terbabit.
Kumpulan pemberontak menebang pokok dan menggunakannya sebagai halangan di sepanjang jalan menuju ke kampung itu selepas serangan sebagai satu usaha untuk melengahkan bantuan pasukan polis tiba di kawasan itu.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. – BERNAMA
Putus cinta: Pelajar sekolah tikam bekas kekasih
at 1:11 AM
Putus cinta: Pelajar sekolah tikam bekas kekasih
KUALA LUMPUR – Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur, manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu.
Katanya, kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu.
"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu,” katanya di sini hari ini.
Zakaria berkata, ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA
Ceritera Dua Sahabat Apek dan Yassin
at 1:09 AM
Ceritera Dua Sahabat Apek dan Yassin
HIDUP ini umpama sebuah roda. Kadangkala kita boleh berada di puncak dunia, dan hanya dengan sekelip mata juga, kita berada di bawah. Jika ingin menemui kejayaan, harus melalui kegagalan agar kejayaan yang dkecapi itu dihargai sepenuhnya.
Itu perumpamaan yang cukup dekat untuk diberikan kepada dua sahabat ini. Mereka telah menempuh pelbagai onak duri dan cabaran hidup biar pada masyarakat, di hadapan layar televisyen, Apek dan Yassin terkenal dengan jenaka mereka.
Bertemu empunya nama Mohd. Saiful Azam Mohamed Yusoff serta sahabatnya, Yassin Yahya membuatkan penulis tidak kering gusi dengan lawak spontan yang sering terpacul daripada mulut dua pelawak ini.
Cekal dan tidak harus lupa diri, itu menjadi pedoman buat dua orang figura pelawak yang namanya tidak pernah lekang dan dilupakan sejak awal pembabitan mereka.
Dua orang pelawak ini mengakui, perjalanan yang mereka lalui banyak pahit dan manisnya. Dari situ juga, banyak pengalaman yang dikaut sepanjang bergelumang dalam industri seni tempatan.
Lawak Apek masih relevan
Memilih kerjaya menjadi seorang pelawak, bukanlah perkara mudah seperti yang disangka. Buat lawak juga perlu punya ilmu supaya apa yang diperkatakan tidak menyakiti hati sesiapa atau menyentuh sensitiviti terhadap apa jua keadaan dan perkara.
Itu perkara yang diamalkan oleh Saiful Apek setelah lebih 18 tahun bergelar insan seni.
"Pelawak sebenarnya perlu ada pengetahuan yang luas tentang ilmu berlawak. Jadi, kriteria ini perlu ada pada semua pelawak walaupun yang baharu. Mereka perlu ada batasan dan mengetahui sensitiviti masyarakat tentang agama, politik dan isu-isu yang tidak perlu dibangkitkan yang membuatkan orang terasa.
"Ketika saya mula-mula tampil dalam industri dahulu, saya lihat pelawak senior seperti Afdlin Shauki serta arwah Din Beramboi, mereka punyai ilmu. To be a good comedian is easy, but to be a briliant comedian is not easy (Mudah untuk menjadi pelawak yang baik, namun untuk menjadi pelawak yang bijak, ia bukan perkara mudah)," tutur Apek ketika ditemui pada majlis sidang akhbar majlis amal 1 Malaysia Charity OKU yang bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor.
Tambah Apek, walaupun telah lama berada dalam industri, namun lawaknya masih boleh diterima dan relevan kepada peminat komedi.
Matang
Akui Apek, ketika ingin mula membina nama, banyak projek yang diambil untuk sesi memperkenal diri kepada masyarakat tentang bakat yang ada. Namun, setelah namanya mula kukuh dan stabil, dirinya mula mengintai sisi baharu yang wujud dalam diri.
"Memang tidak dinafikan dahulu ketika ingin membina nama, saya ambil banyak projek. Namun kini, Alhamdulillah, setelah rezeki mula stabil, saya tidak mahu terlalu terkejar-kejar.
"Setiap insan seni mempunyai satu tahap ia akan mematangkan dirinya dengan memberi lebih banyak kreativiti yang baik. Dalam masa yang sama, mereka juga mula mengembangkan bakat dalam bidang lain. Mungkin sebagai contoh, bagi saya ia lebih kepada bidang pengarahan," bicara Apek bijak menceritakan tentang filem arahannya berjudul Shh…Dia Datang yang bakal ditayangkan tahun hadapan.
Jika sebelum ini, wajah Apek sering menghiasi panggung ketika menjelang Aidilfitri, namun tahun ini, katanya, dia banyak terlibat dengan program raya sahaja serta hadir ke majlis-majlis korporat dan amal.
Yassin pernah lupa diri
Jika Apek petah berbicara, namun lain pula karakter yang ditonjolkan Yassin Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Yassin ketika berbicara. Sejak memulakan cerita, Yassin dilihat seperti memendam sebuah rasa. Ia akhirnya telah dikongsi bersama penulis dalam nada penyesalan.
Cerita lelaki berusia 34 tahun ini, dia pernah kecewa dengan apa yang terjadi kepada dirinya dan mengambil inisiatif supaya berdiam seketika untuk menenangkan diri.
"Ketika dilanda masalah, pernah saya terfikir dengan siapa saya ingin mengadu. Jadi, kerana itu saya mengambil inisiatif untuk bermuhasabah. Lebih baik saya mengadu kepada Allah kerana perkara yang elok datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri sendiri.
"Biarlah apa yang ingin dikata orang kerana kita memang tidak dapat menutup mulut mereka. Satu hari nanti orang akan tahu juga apa yang benar dan sebaliknya," ujar Yassin ketika diajukan persoalan mengenai dirinya yang semakin kurang dilihat di televisyen mahupun layar perak.
Jujur menyusun bicara, tutur Yassin, sebagai manusia, dia cepat lupa diri, dan dia mengakui kesilapan dirinya yang juga begitu.
"Saya pernah berada di atas dan saya pernah lupa seketika dengan keseronokan yang saya kecapi ketika itu. Namun, ini semua ujian yang diberikan oleh-Nya dan saya lebih suka ujian kerana tanpa ujian hidup saya sepi," tuturnya yang kelihatan seolah menyesal dengan jalan yang dipilih ketika itu.
Muhasabah dan syukur
Kes yang menjerat diri Yassin telah membuatkan ia sedar betapa peritnya perjalanan diri menjadi seorang yang dikenali ramai. Bicaranya, antara pengalaman pahit yang sukar dilupakan ialah ketika ditangkap kerana dituduh memiliki ubat batuk dan lain-lain lagi.
"Dari situ saya mula mahu kenal erti hidup seorang artis. Pada ketika itu, saya fikir bagaimana ingin menutup mulut orang daripada terus bercakap tentang perkara yang tidak benar mengenai saya.
"Banyak juga perkara tidak benar tentang diri saya, walaupun ia memang bukan daripada mulut saya sendiri. Sejak itu saya ambil peluang tersebut untuk muhasabah diri dan Alhamdulillah, dalam proses itu, saya bertemu jodoh," ujar Yassin yang telah berumah tangga lebih setahun bersama Farahwahida Maharidan.
Dirinya juga bersyukur kerana dijodohkan bersama seorang wanita yang memahami nya dan sentiasa menyokong serta menjadi tulang belakang suaminya ketika susah dan senang.
"Saya juga ada memberitahu isteri, biarlah apa yang ingin dikata orang, dia sendiri perlu kenal saya. Dan alhadulillah, dia jenis yang memahami dan bersikap terbuka," akhiri Yassin reda dengan kejadian yang melanda diri.
Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos
on Wednesday, July 25, 2012 at 9:17 PM
bonus raya 2012, tarikh pembayaran bonus raya 2012, pengumuman bonus raya 2012, Sesuatu yang dinantikan oleh semua penjawat awam di malaysia kini sudah ada jawapannya. Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bonus raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum kepada semua penjawat awam di negara ini. Perdana Menteri yang juga memegang jawatan sebagai menteri kewangan juga
Eksklusif : 26 Wallpaper HD Dan Biodata Vampire Dalam Twilight Saga Breaking Dawn Part 2
at 8:00 PM
Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan mula ditayangkan diseluruh dunia pada 16 November 2012.. Jom kita saksikan senarai vampire yang akan menerkam anda dipawagam pada 16 november ini berserta biodata mereka. Eksklusif untuk peminat peminat setia Twilight . Semestinya dimulakan dengan 3 pelakon utama iaitu Edward Cullen , Bella Swan dan Jacob Dr. Carlisle Cullen Cullen Coven
Penjelasan Malapetaka Pertengahan Ramadhan Dan Kiamat Pada 2012
at 5:10 PM
kiamat 2012, malapetaka 2012, malapetaka pertengahan ramadhan 2012, malapetaka ramadhan 2012, kejadian malam 15 ramadhan, malapetaka 3 ogos 2012, suara dari langit pertengahan ramadhan 2012. Rasa terpanggil untuk berkongsi satu artikel yang aku baca di blog Azri.my yang bersumber dari artikel asal oleh 2dayblogger berkaitan isu kiamat berlaku pada tahun 2012 dan tanda tanda besar yang akan
Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir
at 10:28 AM
Disini aku ingin berkongsi satu artikel yang diambil dari status seorang ustaz aku di UiTM Kedah duluberkaitan kedatangan dajjal dan petanda kedatangannya yang semakin jelas kelihatan. Semoga dapat menjadi panduan untuk kita mempersiapkan diri menghadapi segala kemungkinan. AWAS !! MESTI BACA TASIK TIBRIYYAH (GALILEE) 90 % SUDAH KERING, PETANDA DAJJAL HAMPIR TERLEPAS DARI PERANTAIAN?
1,600 orang berbuka puasa di Masjid Putra setiap hari
at 6:03 AM
1,600 orang berbuka puasa di Masjid Putra setiap hari
PUTRAJAYA – Jika anda mahu menikmati suasana berbuka puasa yang lebih afdal, mungkin Masjid Putra di Presint 1 di sini menjadi tempat yang sesuai untuk anda mencubanya.
Masjid tersebut sudah 14 tahun berturut-turut menganjurkan program berbuka puasa secara percuma untuk pengunjungnya sejak tahun 1999.
Kebanyakan mereka yang berbuka puasa di masjid tersebut bukan sahaja terdiri daripada warga Putrajaya malah pelajar dan pelancong asing.
Imam Besar, Abd. Manaf Mat berkata, lazimnya kira-kira 4,000 jemaah memenuhi masjid untuk solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1,600 jemaah akan berbuka puasa di masjid berkenaan berbanding sekitar 1,300 orang pada tahun sebelumnya.
“Kami menyediakan kurma, kuih-muih dan air untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib.
“Selepas itu, barulah kesemua jemaah berbuka dengan nasi dan lauk-pauk,” katanya kepada Kosmo! semalam.
SPRM berjaya buktikan keupayaan
at 6:01 AM
SPRM berjaya buktikan keupayaan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Abdul Rahman Dahalan (gambar).
Beliau berkata, sebagai rujukan, badan pencegah rasuah yang paling terkenal di dunia seperti Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong juga memerlukan sekitar 10 tahun sebelum membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka.
"Saya rasa kita tidak perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi antirasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada SPRM sekarang," katanya dalam entri terbaru blognya, mpkotabelud.blogspot.com.
Abdul Rahman yang dilantik untuk penggal kedua sebagai ahli jawatankuasa berkenaan berkata, sepanjang penggal pertama, beliau mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan SPRM dan fenomena rasuah di negara ini.
Antara cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Katanya, bagi menurunkan kuasa mendakwa kepada SPRM tanpa melalui Peguam Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan untuk diluluskan di Parlimen sekurang-kurangnya dua pertiga undi anggota Parlimen mesti menyokong usul tersebut.
"Saya sebenarnya agak risau dengan cadangan ini kerana walaupun nampak baik kerana tidak perlu kebenaran Peguam Negara, namun ia melanggar prinsip pengasingan fungsi menyiasat dan menuduh seperti dalam sistem kehakiman kita di mana polis menyiasat, Peguam Negara menuduh dan hakim mengadili," katanya.
Bertarung di bulan Ramadan
at 5:56 AM
Bertarung di bulan Ramadan
IBU kota London bakal melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik buat kali ketiga selepas edisi 1908 dan 1948.
Namun lebih istimewa, temasya kali ini berlangsung pada bulan Ramadan buat kali kedua dalam sejarah penganjuran Olimpik selepas edisi 1980 di Moscow, Rusia.
Justeru, atlet-atlet dari negara Islam termasuk kontinjen Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Olimpik kali ini sudah pasti menjadi perhatian kerana mereka perlu bertarung dalam keadaan berpuasa.
Disebabkan itu, aspek pemakanan dan nutrisi menjadi faktor utama buat setiap atlet terbabit apabila mereka beraksi di pentas Olimpik 2012 yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.
Bagi mengupas lebih lanjut mengenai kedua-dua aspek itu, wartawan Kosmo!, SHANIKA ABDULLATIB menemu bual Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan Insti- tut Sukan Negara (ISN), Azimah Ahmad di Bukit Jalil semalam.
KOSMO!: Seperti yang kita ketahui, Sukan Olimpik 2012 berlangsung pada bulan Ramadan. Jadi boleh ceritakan mengenai aspek pemakanan dan nutrisi kepada atlet-atlet negara beragama Islam yang bertanding di London?
AZIMAH: Bagi temasya Olimpik kali ini, ISN telah membawa tukang masak sendiri untuk memudahkan penyediaan makanan di London. Bukan itu sahaja, sepanjang Olimpik, pakar nutrisi dan tukang masak kami akan bekerjasama membuat penyediaan dan penyesuaian makanan bagi atlet negara.
Bagi temasya besar seperti Olimpik, para atlet tidak perlu risau kerana makanan yang disediakan juga tidak jauh beza dengan apa yang pernah mereka makan di sini atau ketika menyertai kejohanan di luar negara.
Cuma apabila terlalu lama di sana, semua makanan akan nampak sama dan ini membuatkan mereka cepat hilang selera, sedangkan segala nutrisi seperti karbohidrat dan protein khusus untuk kalori datangnya daripada makanan.
Jadi, tugas kami adalah untuk membantu atlet menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan kerana tiada ketetapan khusus jumlah keperluan nutrisi disebabkan ia bergantung kepada atlet itu sendiri.
ATLET yang beragama Islam bakal berpuasa hampir 18 jam sepanjang berada di London nanti. Bagaimana pula persediaan atlet kita?
SEBAGAI rekod, hanya 10 atlet Malaysia beragama Islam akan bertanding pada Olimpik nanti dan mereka telah diberi pendedahan mengenainya sejak awal lagi.
Sejak mengetahui mereka akan bertanding pada bulan Ramadan, atlet kita, bahkan atlet muslim dari negara lain sudah menukar corak latihan mereka.
Oleh kerana puasa di London nanti tempohnya lebih panjang iaitu hampir 18 jam, kita ada mengesyorkan beberapa jenis corak pemakanan yang mana atlet mampu memulihkan tenaga dengan segera.
Rata-rata atlet memerlukan antara 2,500 hingga 3,500 kalori setiap hari dan untuk masa yang pendek itu, agak sukar untuk mereka mendapatkan jumlah kalori tersebut.
Disebabkan itu, kami mencadangkan mereka mengambil biskut, jus buah-buahan serta serta makanan lain yang berkalori tinggi, termasuk snek serta jeli bertenaga.
Waktu sahur juga menjadi aspek utama yang dititikberatkan oleh pakar pemakanan kerana makanan yang disediakan pada waktu itu mampu memberi tenaga yang diperlukan ketika mereka menjalani latihan.
Kami juga mengesyorkan agar waktu latihan dilakukan awal pagi serta lewat petang kerana dua waktu itu mampu mengelakkan pembaziran tenaga yang amat diperlukan atlet untuk latihan serta perlawanan.
CUACA panas juga dilihat bakal menjadi cabaran utama kepada atlet-atlet negara. Apa antara cabaran lain yang bakal mereka hadapi?
SEBENARNYA atlet kita agak beruntung kerana mereka bertanding dalam cuaca panas yang mana mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Ia memudahkan atlet menyesuaikan diri berbanding sekiranya mereka perlu bertanding di negara beriklim sejuk.
Cuma, waktu musim panas yang lebih panjang bakal memberi cabaran tambahan kepada mereka dan untuk itu, kehilangan air di dalam badan menjadi isu utama yang akan menjadi perhatian kami.
Justeru, pengambilan air berkafein perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana jenis minuman itu akan menyebabkan proses dehidrasi berlaku dengan pantas.
Bagi mengelakkan ia berlaku, minuman elektrolit iaitu minuman bertenaga disyorkan kepada atlet terutama dalam acara pelayaran, berbasikal dan badminton yang mana sukan tersebut berada dalam kategori high intensity.
APAKAH ada kaitan antara psikologi dan makanan yang diambil oleh atlet?
TIADA kajian yang tepat mengenai hubungan kedua-dua aspek itu tetapi saya dapati, ada beberapa makanan yang boleh menenangkan atlet kita. Antaranya, coklat dan pisang kerana kedua-duanya mempunyai kandungan potasium yang mana elemen itu membantu aliran darah menjadi lebih lancar, sekali gus membuatkan atlet lebih tenang.
ANTARA lapan acara yang disertai atlet Malaysia, acara manakah diberikan perhatian lebih dalam aspek pengambilan nutrisi sepanjang Olimpik?
MUNGKIN kita menumpukan perhatian lebih kepada penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang mengandung dan jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan buku lali.
Namun hakikatnya, kami melihat sukan pelayaran sebagai acara yang perlu diberi perhatian dalam aspek pengambilan nutrisi. Pelayar bukan sekadar perlu menempuh jadual padat dalam masa 10 hari pertandingan, keadaan angin laut juga menjadi punca dehidrasi.
Berbanding acara lain, sukan layar memerlukan nutrisi yang lebih tinggi untuk memastikan atlet tersebut mempunyai tenaga sepanjang berada di tengah laut.
Jadi, diet yang diperlukan oleh pelayar negara (Khairul Nizam Mohd. Afendy) perlu mencapai hingga 3,500 kalori.
ADAKAH masalah penyediaan makanan bakal timbul di Perkampungan Atlet?
SALAH satu keistimewaan Olimpik ialah dewan makanan di Perkampungan Atlet akan menyediakan pelbagai jenis makanan dari pelbagai negara.
Jadi, cabaran utama pakar pemakanan kita di sana adalah memastikan atlet kita mengambil makanan pada jumlah yang diperlukan sahaja.
Bukan sahaja makanan yang tersaji di dewan makan itu akan mempengaruhi diet atlet, minuman yang disediakan di sekitar Perkampungan Atlet juga dilihat mampu menjejaskan menu sihat para atlet.
Sebagai contoh, minuman bergas yang disediakan mampu meningkatkan kandungan kafein di dalam tubuh atlet, sekali gus menjejaskan prestasi mereka.
BAGAIMANA pula dengan situasi atlet Malaysia yang dikatakan agak cerewet memilih makanan?
SEBENARNYA atlet Malaysia bukan cerewet tetapi susah hendak makan terutama apabila mereka terlalu penat. Keadaan menjadi lebih rumit buat pakar pemakanan untuk memastikan para atlet mendapat nutrisi yang mencukupi ketika mereka menghadapi pertandingan yang besar.
Ini disebabkan banyak faktor termasuk tekanan dan letih selepas banyak menjalani latihan intensif serta pertandingan yang mencabar.
Apabila itu terjadi, kebanyakan atlet memilih untuk tidur berbanding makan, sedangkan mereka perlu mengimbangi antara kedua-duanya.
Jika mereka terlalu letih untuk mengambil makanan berat bagi menggantikan tenaga yang hilang, snek dan jeli bertenaga sering menjadi pilihan mereka.
Presiden Korea Selatan minta maaf
at 5:54 AM
Presiden Korea Selatan minta maaf
SEOUL - Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semalam memohon maaf kepada rakyatnya berhubung kes rasuah melibatkan abang kandung dan beberapa penasihat kanannya.
"Saya menundukkan kepala dan memohon maaf kerana membuatkan rakyat bimbang berhubung insiden ini," kata Myung-Bak dalam satu kenyataan ringkas yang dibaca di depan kamera televisyen.
"Saya sedih kerana perkara dikesali ini berlaku dalam kalangan mereka yang rapat dengan saya," tambahnya.
Insiden itu dilihat menggugat kewibawaan partinya yang memerintah Korea Selatan sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada Disember depan.
Abang Myung-bak, Lee Sang-Deuk ditangkap dan ditahan pada awal bulan ini sementara menunggu perbicaraan kes rasuah berkenaan.
Pendakwa raya menyatakan, bekas wakil rakyat berusia 76 tahun itu menerima suapan 600 juta won (RM1.67 juta) daripada pengerusi dua buah bank bermasalah antara 2007 hingga 2011 sebagai balasan untuk membantu mereka mengelakkan proses audit dan terlepas daripada hukuman.
Skandal itu adalah kes rasuah terbaharu melibatkan mereka yang rapat dengan Myung-bak.
Penggal Presiden Korea Selatan itu akan berakhir pada Februari 2013. - AFP
Buku psikologi masakan Fazley
at 5:52 AM
Buku psikologi masakan Fazley
MEMULAKAN karier sebagai penyanyi dan dikenali ramai melalui lagu Asmara Ini pada tahun 2007, nama Datuk Fazley Yaakob, 34, seterusnya melebarkan kariernya selaku perunding motivasi dan penulis buku. Dia kemudian menyandang gelaran ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diperoleh menerusi pengajian di Universiti of Wales, United Kingdom, England.
Namun, beberapa kontroversi yang mencemarkan namanya apabila gelaran tersebut dipertikaikan hasil pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang mendakwa kelulusan European Business School yang dimiliki dari sebuah institusi pengajian di luar negara adalah palsu.
Susulan itu, Fazley meletakkan jawatan selaku Pengarah Eksekutif, Fazley International College yang terletak di ibu kota bagi mengelakkan kolej itu terjejas hubungan dengan Universiti Of Wales.
Selepas kontroversi berkenaan, nama Fazley seakan-akan tenggelam dan hanya dikenali sebagai perunding motivasi sehingga dia baru-baru ini muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia di saluran Astro Ria.
Menariknya, Fazley yang bersaing dengan rakan selebriti lain seperti Angah Raja Lawak (yang tumpas kepadanya untuk bergelar juara), Tomok, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan ramai lagi, tidak menyangka bahawa peluang yang pada mulanya ingin ditolak telah menjulang namanya sebagai juara. Ikuti temu bual Fazley bersama Kosmo!.
Kosmo!: Selepas menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia, adakah bidang masakan akan menjadi kerjaya terkini Fazley selepas ini?
FAZLEY: Belum terfikir lagi, tetapi saya akan menulis buku psikologi masakan untuk membantu orang ramai lebih tenang jika memasak. Contohnya, kalau berada dalam keadaan tertekan, apa jenis masakan yang paling sesuai seperti kata kalau orang nak bercerai masak masakan itu tidak jadi bercerai. Saya merupakan orang yang percaya kepada sains pemakanan. Saya percaya makanan dapat ubah persepsi orang itu kepada yang lebih baik.
Apa kelainan pada diri anda selepas menjadi juara MasterChef Selebriti?
Saya rasa lebih dikenali. Dulu orang yang kenal saya secara terhad dan mereka kenal saya sebagai artis dan perunding motivasi sahaja, sekarang warga emas berbilang bangsa juga sudah kenal, sampai ada wanita warga emas India yang saya jumpa di Pulau Pinang tanya bagaimana buat resipi tempoyak versi Melayu.
Apa perasaan anda apabila nanti orang akan lupa anda sebagai penyanyi dan lebih kenal sebagai chef?
Saya tidak kisah itu semua, jika ada orang tegur tanya resipi, walaupun berselisih dengan saya kerana itu sudah cukup rasa dihargai.
Bagaimana anda boleh mempunyai skil memasak. Adakah anda memasak di rumah?
Saya tidak pernah memasak di rumah, tetapi saya jenis yang cepat ingat jika lihat ibu dan isteri memasak. Saya hanya memasak jika dalam keadaan terdesak contohnya, menyediakan makanan isteri dalam pantang.
Apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada dalam program tersebut?
Saya rasa siapa yang menonton rancangan itu mesti tahu, sudah tentu ketika episod Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan yang mana saya ketika itu membuat karipap yang menjadi kegemaran beliau.
Apa rancangan anda selepas program ini?
Saya ada menyertai program Chef Suprise di saluran Astro Prima akan bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad di bulan Ramadan ini. Saya akan berada di Hotel Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya sebagai penampilan khas untuk menyediakan hidangan buat orang ramai yang hadir.
Arsenal menang tipis, atasi Harimau Malaya 2-1
at 5:48 AM
Arsenal menang tipis, atasi Harimau Malaya 2-1
ARSENAL menewaskan pasukan Harimau Malaya 2-1 dengan kedua-dua golnya dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berakhir sebentar tadi.
Skuad negara yang menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45 mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-87.
Skuad negara yang menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45 mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-87.
Arsenal menjaringkan dua golnya minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus mengekalkan kemenangan tahun lalu.Tahun lalu, The Gunners menjaringkan empat gol tanpa dibalas.
Bernama melaporkan, Arsenal FC bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan persahabatan sengit.
Pasukan negara yang diberi jolokan 'Harimau Malaya' terlebih dahulu mencemaskan The Gunners menerusi tendangan voli Mohd Safee Sali seawal minit kelima, namun percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Arsenal, Vitor Mannone.
Marouane Chamakh hampir membuka jaringan buat kelab Inggeris itu pada minit kelapan tetapi percubaannya berjaya ditolak keluar penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias.
Anak buah Datuk K. Rajagobal berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan di separuh masa pertama apabila pemain pertahanan Mohd Azmi Muslim merembat kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan Mannone.
Buntu untuk mencari gol penyamaan, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan kepada pasukannya pada separuh masa kedua namun benteng pertahanan negara yang diketuai Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S. Subramaniam
berjaya mengekang asakan pasukan lawan.
berjaya mengekang asakan pasukan lawan.
Pemain yang baharu menandatangani kontrak dengan The Gunners dari Jerman, Thomas Eisfeld berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 akibat kelalaian benteng pertahanan negara.
Pemain muda, Chuks Aneke muncul wira dengan gol kemenangan Arsenal selepas rembatannya terkena pemain pertahanan Malaysia untuk Farizal tewas buat kali kedua pada minit-minit terakhir permainan.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah menyampaikan piala dan pingat kepada kedua-dua pasukan berkenaan.
Arsenal akan mengakhiri Jelajah Asia mereka menentang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Hong Kong pada Ahad ini.
Arsenal akan mengakhiri Jelajah Asia mereka menentang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Hong Kong pada Ahad ini.
Penjaring:
Mohamad Azmi Muslim (min-45), Thomas Eisfeld (min-87), Chuks Aneke (min-90)
MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, S.Subramaniam (Mohamad Muslim Ahmad), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Md Rozaimi Abd Rahman), Mohd Bunyamin Umar (Mahalii Jasuli), Safiq Rahim (Amar Rohidan), S.Kunalan (Mohamad Ashaari Samsudin), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Azamuddin Mohd Akil (Shahurain Abu Samah)(Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Shakir Shaari Mohd Ali), Norsharul Idlan Talaha (Mohd Khyril Muhymeen Zambri) (Mohamad Fadhli Mohd Shas).
ARSENAL FC:
Separuh masa pertama:
Vito Mannone, Thomas Vermaelen, Johan Djourou, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Andre Santos, Abou Diaby, Mikel Arteta, Francis Coquelin, Gervinho, Maraoune Chamakh.
Separuh masa kedua:
Vito Mannone, Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, Nico Yennaris, Graig Eastmond, Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Chuks Aneke, Benik Afobe.
Pengadil: Suhaizi Shukri
Bersih 2.0 bukan NGO haram
at 1:50 AM
Bersih 2.0 bukan NGO haram
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
Pada 8 Julai tahun lepas, Ambiga dan 13 anggota berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram.
Mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai responden.
Selain memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan Bersih 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
"Secara ringkas, Bersih 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, Bersih 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. - Bernama
Pengeluar tauhu dan tempe Indonesia ancam henti pengeluaran
at 1:46 AM
Pengeluar tauhu dan tempe Indonesia ancam henti pengeluaran
JAKARTA - Tauhu dan tempe iaitu hidangan wajib bagi sebahagian besar penduduk Indonesia, berkemungkinan tidak dapat disajikan dalam beberapa waktu lagi minggu ini di beberapa kawasan.
Harga kacang soya iaitu bahan utama membuat tauhu dan tempe yang melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan ribuan pengeluar produk makanan itu di kawasan Jakarta dan beberapa daerah di sekitarnya mengancam untuk menghentikan pengeluaran mereka pada minggu ini.
Para pengeluar tauhu dan tempe di beberapa negeri di Indonesia kini mengeluh kenaikan harga kacang soya yang berpunca daripada musim kering di Amerika Syarikat itu menyebabkan bekalannya dalam negara berkurangan dengan banyak.
Ketua Forum Komunikasi Masyarakat Pengeluar Tauhu, Tempe Sukabumi, Dadang Jamaludin berkata harga kacang soya pada masa ini sudah mencecah Rp8,200 sekilogram sedangkan harga yang sesuai bagi para pengeluar produk itu ialah Rp5.500 sekilogram.
Kenaikan harga kacang soya menyebabkan harga jualan tauhu dan tempe juga terpaksa dinaikkan dan mereka bimbang akibat kenaikan harga itu, produk mereka tidak lagi dibeli oleh masyarakat kumpulan menengah dan ke bawah, yang merupakan kumpulan utama bagi pasaran produk itu.
Dalam keadaan normal, harga kacang soya berkisar antara Rp6,000 dan Rp6,500 sekilogram.
Seorang pengusaha tauhu dan tempe dari Purwokerto, Banyumas, Nunung, 42, misalnya, mengurangkan pengeluarannya daripada 75kg kacang soya sehari menjadi 50kg sehari kerana permintaan masyarakat juga berkurangan sejak akhir-akhir ini.
Ada pengusaha tauhu dan tempe di Kota Depok (Jawa Barat) sudah pun berhenti mengeluarkan produk itu mulai hari ini.
Keperluan kacang soya peringkat nasional pada masa ini ialah kira-kira 2.4 juta tan setahun, atau kira-kira 200,000 tan sebulan, kata anggota Suruhanjaya XI Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Arif Budimanta.
Daripada jumlah itu pengeluaran kacang soya dalam negeri hanya 40 peratus dan selebihnya diimport.
Arif berkata peningkatan dalam penggunaan kacang soya dari semasa ke semasa adalah sejajar dengan meningkatnya jumlah penduduk.
Pada masa yang sama, bahan ini bukan sahaja digunakan sebagai makanan manusia tetapi juga campuran makanan ternakan dan satu daripada sumber tenaga bio. - Bernama
Dua warga Iran dihukum gantung edar dadah di KLIA
at 1:44 AM
Dua warga Iran dihukum gantung edar dadah di KLIA
SHAH ALAM - Dua lelaki warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine yang diikat pada kaki mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati kedua-dua tertuduh, Ali Jalayeridarbandi Mousa, 26, dan Vahid Aliakbarsadeghabadi Abbas, 29, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata kedua-dua tertuduh gagal mematahkan dakwaan bahawa mereka mengedar dadah berkenaan dengan cara mengikatnya di kaki masing-masing.
Beliau berkata pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa dadah berkenaan adalah untuk kegunaan sendiri juga tidak disokong oleh keterangan saksi di mahkamah.
"Justeru hanya satu hukuman di bawah kesalahan ini iaitu mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.
Sebaik keputusan dibacakan, seorang anggota keluarga tertuduh yang berada di galeri awam dilihat menangis teresak-esak.
Ketika dibawa keluar dari mahkamah, seorang daripada tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang merakam wajah mereka.
Ali, seorang tukang kasut, didakwa mengedar methamphetamine seberat 203.9 gram manakala Vahid, seorang jurutera didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 269.6 gram.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama, KLIA, pada 3.45 petang 12 Dis 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Enam saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia Rozanna Abd Hadi sementara Ali diwakili peguam Leonard Anselm Gomes dan Vahid diwakili peguam Datuk N. Sivananthan. - Bernama
Chong Wei perlu ambil serius setiap perlawanan
at 1:42 AM
Chong Wei perlu ambil serius setiap perlawanan
KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei perlu mengambil serius setiap perlawanan yang dihadapinya pada Sukan Olimpik London yang bermula secara rasmi Jumaat ini.
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata walaupun undian yang dibuat berpihak kepada pemain nombor dua dunia itu, Chong Wei, 29, tidak harus melihatnya sebagai perlawanan 'pemanas badan' sebelum saingan lebih getir di peringkat seterusnya.
"Saingan pada Sukan Olimpik merupakan antara yang terhebat...jadi beliau (Chong Wei) harus fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.
"Beliau perlu melihat setiap perlawanan sebagai perlawanan penentuan (ke peringkat akhir) dan bukannya sebagai medan pemanas badan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Station of Life-The Flame of Sporting Spirit' anjuran Syarikat Prasarana Negara Berhad di Stesen LRT Bukit Jalil di sini, hari ini.
Program yang bermula Ahad lepas sehingga 12 Ogos itu bertujuan menjadikan stesen itu sebagai lokasi mempromosikan semangat kesukanan dalam kalangan warga Lembah Klang.
Pada undian yang berlangsung di London semalam, Chong Wei berdepan laluan selesa mara ke separuh akhir apabila diundi bertemu pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A.
Sekiranya mara ke peringkat separuh akhir, pemain Malaysia itu dijangka berdepan cabaran getir apabila bertemu bintang muda dari China, Chen Long sebelum bertemu seteru utamanya, Lin Dan, juga dari China, andai mara ke final.
Beregu lelaki negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying bagaimanapun bakal menempuh laluan sukar pada peringkat 'round robin' kejohanan selepas diundi bertemu pemain ranking lebih tinggi daripada mereka.
Koo-Tan dijadual bertemu beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain beregu Indonesia, Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.
Beregu campuran Chan-Goh pula dijadual bertemu beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.
Mengikut format baharu acara badminton yang diperkenalkan pada Olimpik London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin.
Hanya juara setiap kumpulan akan bersaing dalam pusingan kalah mati.
Bagi acara beregu, 16 pasangan akan bersaing dalam empat kumpulan menerusi pusingan round robin sebelum dua gandingan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati. - Bernama