Home > Archives for September 2012
LEDANG - Seorang wanita yang masih berstatus isteri dicekup khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Serom, Sungai Mati dekat sini, semalam.Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.“Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.“Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa agama datang memeriksa rumah berkenaan.Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.“Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.“Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.Katanya lagi, wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat.“Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
DISEMBER lalu, dia pernah menjayakan sebuah konsert bersama beberapa artis lain. Namun persembahan pada hujung tahun itu kurang mendapat perhatian peminat.Lalu, apabila Faizal Tahir sekali lagi diumumkan bakal mengadakan konsert, kali ini secara solo, di KL Live pada 1 Julai ini, timbul persoalan apakah dia yakin pertunjukan berkenaan tidak menerima nasib serupa?Ketika ditemui pada majlis sidang media konsert terbabit di ibu kota, semalam, penyanyi Karma ini enggan membiarkan sebarang kebimbangan berhubung soal sambutan orang ramai membelenggu dirinya. Sebaliknya, segala tumpuan harus diberikan kepada kemantapan persembahan.Begitupun penyanyi berusia 34 tahun ini mengaku, dia mengambil sedikit masa untuk berfikir dan menimbang tawaran daripada syarikat Zackkoolg milik bekas anggota kumpulan Kool, Zack, itu. “Saya bukanlah trauma dengan kejadian dulu, tetapi agak sedih. Saya boleh gambarkan keadaan itu seperti bekerja seorang diri di pejabat, pada hujung minggu."Saya tidak menyalahkan penganjur, sebaliknya mungkin kerana ia diadakan pada tarikh kurang sesuai. Namun tentulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada konsert itu masih meninggalkan kesan. “Ia bukanlah kes pertama, banyak lagi konsert berdepan nasib serupa. Daripada 10 konsert dianjurkan, mungkin hanya lima yang berjaya. Jadi selepas berkali-kali pihak pengurusan bertanya, barulah saya memberikan jawapan. "Lagipun, hati saya terbuka menerima tawaran mereka kerana tarikhnya berdekatan dengan kemunculan album ketiga, yang berada di pasaran penghujung bulan depan," katanya yang akan mempersembahkan 10 lagu pada konsert itu.Faizal turut menyatakan, dia tidak mahu bersifat terlalu yakin terhadap kemampuan konsert berkenaan menarik kehadiran ramai peminat. Dia berbuat begitu kerana enggan dilanda kecewa, jika harapan menggunung tidak kesampaian.Kebimbangan bagaimanapun kelihatan pada wajah penyanyi ini, petang semalam. Apatah lagi dia juga sedang serabut memikirkan persiapan untuk persembahan peringkat separuh akhir Mentor, Ahad ini. Protegenya, Anas, bakal ditentukan nasibnya untuk ke final pada malam berkenaan."Saya akui takut, tapi tidaklah terlalu risau kerana ia diadakan di KL Live. Kalau diadakan di stadium, pasti saya berasa kurang yakin. Apatah lagi ketika ini, masyarakat sering dihidang dengan persembahan percuma. Jadi ia mungkin memberikan kesan kepada persembahan berbayar. “Konsert artis luar juga kerap diadakan. Peminat akan berfikir banyak kali untuk mengeluarkan belanja. Namun saya percaya, mereka sanggup keluarkan duit untuk menonton persembahan muzik yang bagus," katanya yang mengimpikan konsert lebih besar pada masa depan.Menyentuh pemilihan lagu, penyanyi ini menyatakan, dia akan mempersembahkan lagu yang dikenali ramai, daripada album sendiri mahupun dendangan penyanyi lain.“Saya tidak akan menggunakan konsert ini untuk memperkenalkan lagu baru. Untuk album baru, kami akan mengadakan siri jelajah bagi tujuan mempromosikannya,” kata Faizal yang memaklumkan, dia sendiri akan turut menghebahkan penganjuran konsert berkenaan menerusi laman sosialnya.
Jepp (kanan) dan Shuib berharap Mamat dapat berhubungan akrab dengan mereka seperti zaman Sepah belum berpecah dahulu. PETALING JAYA: Sikap Mamat dari kumpulan Sepah menjadi tanda tanya kepada bekas dua ahlinya yang lain iaitu Jepp dan Shuib apabila pelawak itu sukar untuk dihubungi sejak mereka disahkan berpecah.Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia bingung apakah punca Mamat menjauhkan diri daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya."Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya."Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya.Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.Dari kiri; Jeff, Shuib dan Mamat. "Setakat ini kami tidak ada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," ujarnya.Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri."Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin."Projek Sepahtu dibuat pun kerana album lagu antara saya dan Shuib yang diterbitkan oleh syarikat Mawi (MW Entertainment Sdn Bhd). Alhamdulillah, saya lihat sehingga kini, karier kami semakin stabil," ujarnya.Sementara itu, Sepah The Movie bakal ditayangkan pada 29 November depan dan ia turut dibarisi pelakon Anzalna dan Jehan Miskin.Filem itu mengisahkan tentang ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik.Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.
Nadia Mustafa KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan pelakon Nadia Mustafar berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia.Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan."Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.Beliau turut memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah pada Selasa.Lisdawati Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar.Pada 31 Oktober tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan.Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 - 14 Januari 2005.Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya.
RASANYA bukan sekadar pengkritik filem yang banyak mengomel, sebaliknya peminat hari ini pun sudah bijak menilai fakta bahawa aktres jelita kacukan Melayu-Thailand ini hanya muncul mewarnai karya terbitan Metrowealth (MIG) selaku syarikat pengurusannya.Jauh mana langkahnya dan hebat mana pencapaian yang ada, persepsi skeptikal masih lagi berpaut, kononnya Intan Ladyana tidak punya cabaran dan saingan kerana hanya diterima berlakon di bawah syarikat pengurusan sendiri saja.
Hakikatnya ketika bertemu dengan pelakon yang cukup peramah itu baru-baru ini, MIG hanya institusi yang bertanggung jawab membentuk bakatnya namun kini bakat yang ada pada dirinya sudah pun diteroka produser dan pengarah luar MIG. Andai ada siapa yang menganggap pemilik senyuman manis ini hanya bersandarkan produksi pengurusan MIG saja untuk terus bernafas, ia satu tanggapan silap kerana Intan tidak pernah berharap kepada satu syarikat saja untuk terus bertahan dan bergerak ke depan.
Bakat Intan jauh melangkaui persepsi mata sekeliling yang menganggapnya tidak berbakat dan hanya memperdagangkan wajah cantik. Kata mereka, jika ada pun tawaran yang datang semuanya sudah diatur dari pihak MIG sendiri.Sangkaan ramai yang banyak mengatakan dirinya juga pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya hanya tampil mewarnai filem MIG memang salah sama sekali. “Saya hanya ada dua buah filem saja bersama MIG tahun ini termasuk Adnan Sempit 3 dan Pada Suatu Cinta Dahulu serta drama siri Bini-Bini Ku Perkasa. Selebihnya tiga lagi filem bersama produksi luar. Mana mungkin ada yang berpendapat saya hanya popular kerana bersandar pada satu syarikat saja yang percaya akan bakat saya. “Alhamdulillah selepas tiga tahun mencari tapak dengan MIG, makin ramai pihak luar yang yakin dengan kemampuan saya. MIG hanya satu permulaan yang membantu saya membentuk diri dan jiwa untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Namun ruang dan peluang yang diberi itu tidak berlalu begitu saja kerana saya sentiasa peka untuk meneroka tawaran lain,” katanya membuka cerita.Jelas Intan mengukir senyum, jiwanya bersyukur kerana setiap pandangan dan persepsi orang lain itu adalah rahsianya dalam mengumpul semangat untuk menjadi lebih baik.“Alhamdulillah akhirnya impian saya terlaksana. Nama dan bakat yang ada makin dikenali ramai dan itulah yang menjadi keutamaan saja sejak awal menjejakkan diri dalam industri ini. Saya ingin sekali orang lain dan pihak produksi luar nampak akan kemampuan dan kredibiliti saya dalam menghidupkan apa saja watak yang diberikan.“Mana tidaknya, jika dulu ramai yang mengatakan saya hanya diberi peluang berlakon filem di bawah MIG saja namun 2012 memperlihatkan sesuatu yang positif dan lebih baik dalam profil lakonan saya. Rezeki datang tanpa henti dan lebih menariknya, saya diberi kepercayaan oleh produksi luar pula.“Pihak Excellent Pictures Sdn Bhd umpamanya menawarkan saya watak untuk filem Apacelop, kemudiannya filem Sebelum Subuh terbitan 3 Line Productions dan Dampak pula terbitan Ops Productions. Kesemuanya satu eksperimen buat saya untuk bekerja dengan produksi luar dan masih baru dalam penerbitan namun itulah pengalaman baru yang makin memberikan saya pendedahan berguna.“Malah filem Halimunan yang kini sedang hangat dipromosikan juga adalah sebuah filem terbitan RPL Empire yang pertama kali meletakkan saya dengan watak Sutera yang berbeza dan cukup menarik,” katanya lagi. Itulah pencapaian buat aktres berusia 30 tahun ini. Melihat kembali kesemua senarai filem lakonannya, Intan punya peningkatan positif dalam persembahan dan bakatnya. Malah selepas dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem tahun lalu menerusi filem Bini-Biniku Gangster, Intan bukan lagi pelakon tempelan yang hanya wujud dalam industri namun fungsinya tiada siapa yang nampak. Jelasnya yang mula dikenali menerusi drama siri Puteri sebelum ini, itulah rezeki dan hatinya sentiasa percaya dengan kesungguhan dan disiplin yang dipamerkan selama ini akan membuahkan hasilnya. Lebih menariknya dan rancaknya perbualan petang itu apabila pelakon kurus tinggi ini berhasrat untuk beranikan diri melangkah membina nama sendiri tanpa lagi bersandar pada syarikat pengurusannya itu. Berbaki lagi dua tahun kontraknya, Intan memasang niat untuk bergerak sendiri untuk melihat percaturannya nanti.“Saya bertuah kerana David Teo banyak membantu selama ini. Dia sudah bukan seperti majikan lagi sebaliknya lebih kepada seorang abang yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Bukan saja soal lakonan malah David acap kali membuka mata saya akan soal masa depan, perancangan seorang pelakon dan bagaimana untuk memasarkan diri ke luar. “Justeru semua itu saya jadikan sebagai pengajaran yang melengkapkan lagi diri. Kini saya fikirkan sudah tiba masanya untuk berdiri sendiri dan membuka peluang yang sama kepada mereka yang masih baru dan memerlukannya. MIG ada ramai bakat baru dan saya rasa sudah tiba masanya mereka pula diberikan perhatian dan peluang yang lebih.“Seperti apa yang selalu dipesan ibu kepada saya, jangan terlalu lama berada di takuk selesa kerana bimbang ia akan meleset kalau khayal dan leka. Jadi saya berhasrat untuk bergerak sendiri tanpa MIG selepas tamat kontrak nanti. Harap-harap ia akan memberikan saya lebih kebebasan untuk mencuba produksi lain nanti,” katanya yang pernah membintangi banyak filem di bawah MIG termasuk Jangan Pandang Belakang, I’m Not Single, Adnan Sempit, V3 Samseng Jalanan, Kembar Siang dan Flat 3A. Mengakui hasrat untuk meninggalkan MIG tidak semudah bibir mengucapkannya, Intan bagaimanapun yakin rezeki itu ada di mana-mana dan mengharapkan akan ada pihak lain yang menaruh kepercayaan kepada lakonannya. Meskipun sudah basi dan acap kali dibentangkan di depannya, persoalan mengenai cintanya dengan aktor terkenal, Kamal Adli bagai sudah menjadi soalan rutin untuk disoal kepadanya.Sudah lama menjadi tatapan umum dan perhatian media, kisah percintaan mereka yang sudah merentas lebih tiga tahun ini hanya menanti pengumuman kedua pihak bagi mengesahkan langkah seterusnya.Namun sudah dijangkakan, mengenali Intan lama sudah, menerjah persoalan yang sama, jawapannya tidak sekali berubah.“Kami berdua masih seperti biasa. Menjalani hubungan kekasih seperti yang lain, ada pasang dan surutnya. Namun alhamdulillah kami berdua sudah cukup kenal antara satu sama lain yang mana keserasian dan persefahaman itu sudah ada. “Insya-Allah jika ada jodoh pastinya saya akan berkongsi dengan peminat semua. Untuk apa pula kami berahsia jika ia perkara yang baik cuma buat masa kini, masing-masing hanya sibuk menumpukan pada kerjaya agar semakin kukuh,” katanya.