Powered by Jasper Roberts - Blog

Serpihan Tahi Bintang Jatuh Dari Langit

on Wednesday, March 28, 2012

Di Norway, sebuah keluarga terkejut apabila mereka menemui serpihan tahi bintang yang terjatuh dan menembusi pondok kebun mereka. Batu itu jatuh ke dalam sebuah pondok kosong milik keluarga Anne Margrethe Thomassen.

Ahli astrofizik mengesahkan ia merupakan batu breccia yang terbentuk daripada mineral. Katanya lagi ini ialah penemuan sensasi dalam dua aspek. Aspek pertama yang menjadikan ia sensasi adalah kerana serpihan tahi bintang itu menembusi bumbung dan ia jarang berlaku. Satu lagi aspek disebabkan ia daripada batu breccia yang sukar ditemui.


Keluarga berkenaan mahu menyimpan objek itu di Norway. Batu tahi bintang itu seberat 585 gram dan ia terbelah dua. Penyelidik Institut Astrofizik Paris, Serge Koutchmy memberitahu, batu berkenaan jatuh dari angkasa lepas dan terbelah apabila ia memasuki atmosfera Bumi.

Namun katanya, serpihan batu tersebut jarang terhempas di kawasan penempatan penduduk. Katanya lagi keluarga itu amat bertuah kerana serpihan tersebut berharga dan ia juga jatuh tanpa menyebabkan kerosakan besar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved