Powered by Jasper Roberts - Blog

Gambar Lokasi Mayat Nurul Nadhirah Ditemui Mati Rentung

on Wednesday, March 28, 2012

berikut merupakan gambar lokasi kejadian dimana Nurul Nadhirah Abdullah yang baru berusia 5 tahun ditemui rentung. Tempat penemuan mayat Nurul Nadirah dijumpai di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai, Johor. Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

  
Sebelum itu, Roselyn ibu Nurul Nadhirah Abdullah telah menerima mesej sms dari seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000. Namun, malangnya Nadhirah atau dikenali sebagai Dirang telah pun ditemui dengan keadaan mayat yang rentung.


Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 12 Mac 2012 sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. Menurut siasatan lanjut, polis menahan empat suspek untuk bantu siasatan. tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved