Powered by Jasper Roberts - Blog

Orang tua ini menyumbangkan kemaluannya kepada muzium

on Wednesday, March 28, 2012


Seorang lelaki tua berusia 95 tahun, telah menyumbangkan kemaluannya ke Muzium Phallogis di Husavik, Island. Kemaluan milik lelaki itu adalah yang pertama kali dipamerkan di muzium tersebut.
Organ vital milik Pall Arason ini dipamerkan bersama dengan kemaluan dari binatang-binatang seperti ikan paus, anjing laut serta beruang.


Arason yang bekerja di bidang perlancongan, berjanji akan menyumbangkan kemaluannya kepada pemilik muzium Sigurdir Hjartarson. 15 tahun lalu, Arason berjanji kepada Hjartarson untuk menyumbangkan kemaluannya agar dapat dipamerkan di muzium unik ini.


Ramai lelaki menjanjikan kemaluannya untuk menjadi penghuni tetap muzium itu. Namun kemaluan milik Arason yang berhasil menghiasi ruang pamer muzium tersebut untuk pertama kalinya.


"Saya sudah menunggu orang ini selama 15 tahun," celoteh Hjartarson seperti dipetik The Sun.
Muzium milik Hjartarson ini memang menarik perhatian banyak pihak. Ribuan orang dikhabarkan mengunjungi muzium ini tiap tahun, hanya untuk melihat koleksi uniknya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved