Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun.
Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang.
“Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa,” katanya.
Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut.
Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental.
Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment