Pasar raya musnah terbakar
BANDARAYA MELAKA - Ribuan helai pakaian untuk pelbagai peringkat usia di Pasaraya Khelass musnah dalam kebakaran di Jalan Kee Ann, Kampung Jawa, di sini, tengah malam kelmarin.Turut musnah adalah 14 gerai menjual makanan dan buah-buahan di hadapan pasar raya terbabit yang telah beroperasi sejak 14 tahun lalu dalam kejadian jam 11.58 malam.