Powered by Jasper Roberts - Blog

Ketiadaan dua tonggak tidak gugat Selangor

on Thursday, August 9, 2012

piala malaysia

Ketiadaan dua tonggak tidak gugat Selangor

MISI Selangor untuk merangkul gelaran buat kali-33 Piala Malaysia musim ini tidak akan terjejas meskipun ketiadaan ketua pasukannya, Mohd Amri Yahya dan pemain pertahanan, Bunyamin Umar yang digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 semalam.


Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menganggap sasaran tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk diraih kerana The Giants mempunyai pemain simpanan yang mampu menggalas tugasan tersebut.

"Bagi saya ia tidak menjadi satu masalah. Dan itu juga tidak menjejaskan keyakinan kami untuk beraksi cemerlang nanti.

"Lagipun kami sentiasa ada barisan pemain simpanan yang mantap.

"Dan, saya yakin mereka mampu mengalas tanggungjawab itu dengan baik untuk tidak mengecewakan semua orang," kata Irfan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Irfan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap pemainnya yang digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 yang mengaku bersalah atas dakwaan berkelakuan ganas dan tiada semangat kesukanan terhadap pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar dalam saingan Liga Super baru-baru ini.
Pada masa sama, ketika ditanya mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada kedua-dua pemainnya, Irfan berkata, beliau menerima apa yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada kedua-dua pemainnya.
"Kita menerima keputusan FAM. Apa yang penting sekarang adalah fokus untuk perlawanan akan datang," katanya yang turut enggan mengulas lanjut mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan kepada pemain import, Kelantan yang akan dibicarakan 10 Ogos ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved