Powered by Jasper Roberts - Blog

Inilah Ikan Bermata Tiga Ditemui Di Argentina

on Thursday, March 29, 2012


Seekor ikan bermata tiga dilaporkan telah ditemui dalam sebuah tasik berhampiran loji janakuasa nuklear di Cordoba,Argentina, pada 27 Okt lalu.

Ikan bermutasi serigala itu telah ditangkap oleh seorang nelayan di Cordoba. Penduduk tempatan berkata pencemaran mungkin telah merebak dari loji nuklear yang mengepam air panas melalui paip ke dalam tasik tersebut.

Julien Zmutt yang menangkap ikan itu berkata: "Kami telah menangkap ikan tersebut dan terkejut besar kerana menjumpai spesimen ikan yang amat jarang ditemui ini.
"Oleh kerana keadaan pada masa itu gelap dengan bantuan lampu suluh saya dapat melihat dengan jelas ikan tersebut mempunyai mata yang ketiga."

Para nelayan mengambil keputusan untuk tidak memakan atau menjual ikan-ikan yang ditangkap itu dan ia telah dihantar untuk ujian pengesahan samaada kecacatan ikan tersebut disebabkan oleh radiasi nuklear.

Kredit Sumber:The Sun
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Laman Semasa All Rights Reserved